Thursday, June 9, 2011

TEMERLOH.....emmmm TEMERLOVE......

Besarnya mercutanda Temerloh kat tebing sungai semantan....yang tu aku suka sangat..apatah lagi waktu malam..cahaya lampu dari kotak2 perkataan mercutanda itu amat terang dan bayangan  tulisan TEMERLOH di dalam sungai semantan tak pernah tenggelam....Mercutanda itulah menjadi kebanggaan kami penduduk Temerloh.






Bandar Temerloh dan ikan patin tak dapat dipisahkan.Ramai pengunjung dari luar negeri Pahang sanggup datang ke negeri ini semata-mata untuk merasai keenakan masakan gulai patin.salah satu masakan yang sangat popular ialah masak gulai tempoyak ikan patin.Gerai yang amat terkenal ialah gerai Pak Usop di tepi sungai Semantan.Pelanggannya amat ramai dan dua periuk besar gulai tempoyak memang habis setiap hari. pernah aku pergi makan pada pukul 2 petang, namun tidak sempat untuk merasainya kerana Pak Usop sedang memasak untuk periuk yang kedua pula setelah satu periuk besar telah licin.






Bandar Temerloh terletak di tengah-tengah negeri Pahang Darul makmur dan berada di persimpangan antara sungai semantan dan Sungai Pahang.Bandar Temerloh di bahagikan dua bahagian iaitu Bandar baru dan bandar lama.Bandar lama adalah terletak di tebing sungai Semantan, manakala bandar baru terletak agak jauh dari sungai tersebut. Antara keunikan bandar Temerloh ialah sistem perhubungannya masih mengekalkan pengangkutan perahu tambang.Penumpang akan menanti perahu tambang di sebuah pengkalan khas yang baru dibina dengan tambang rm1.00 seorang dan lebih kepada dijadikan destinasi pelancungan iaitu Esplanad Temerloh. Di sini juga baru dibina jambatan gantung yang menghubungkan tebing sungai semantan dengan dataran ikan patin iaitu satu restoran yang menjadi duta ikan patin..(wahhh..restoran pun dah jadi duta). Setiap tahun di adakan acara tahunan berkayak yang  menjadikan esplanad sebagai tempat persinggahan utama.Di pinggir sungai Semantan juga terdapat Masjid besar Sultan Abu Bakar, serta terdapat stesen bas lama, sekarang masih beroperasi dengan menempatkan bas-bas bandar.. walaupun sudah terdapat stesen bas baru di bandar Sudirman.


.


Pada hari ahad, disepanjang tebing sungai semantan terdapat pekan sari bermula dari Masjid Abu Bakar sehingga ke Stadium.Pada hari itulah kegiatan bot2 tambang amat sibuk dan ramai orang datang ke tebing Sungai semantan semata-mata untuk membeli-belah.




Nun jauh di sana terdapat jambatan Sultan Ahmad Syah yang menghubungkan Temerloh dengan tanah seberang sana, sebelum Lebuhraya  di bina, jambatan ini sebagai jalan utama ke Kuantan dan Maran. Sekarang bila Hospital Sultan Ahmad Syah di Paya Pulai beroperasi, jambatan ini telah menjadi laluan utama.








Terdapat bandar baru iaitu di tepi Jalan Kuantan, di situ terdapat kemudahan penginapan iaitu Hotel Jelai, Hotel Semantan.dan greenpark Hotel. Dikawasan ini terletak bangunan TNB dan Kastam. Antara kemudahan perkhidmatan yang di adakan di Temerloh adalah perbagai jabatan yang di satukan di bawah satu bumbung di bangunan GUNASAMA..iaitu pejabat buruh, dan lain2 lagi.





Terdapat satu lagi bandar baru yang dinamakan Jalan Sudirman iaitu menempatkan stesen bas baru, pasaraya ,perkhidmatan perbankan dan lot-lot perniagaan.serta terdapat badan2 kerajaan n separa kerajaan seperti jabatan Hasil Dalam negeri dan Suruhanjaya syarikat Malaysia.Terdapat bangunan yang dinamakan Plaza MPT iaitu menempatkan pejabat Majlis Perbandaran Temerloh.



Di atas ini dan di sebelah kiri adalah laluan lebuhraya dan hampir ke Tol Temerloh perjalanan dari Kuantan.


Di Temerloh terdapat juga sekolah . antara sekolah yang terkenal adalah sekolah Menengah Abu Bakar, antara tokoh yang terkenal yang dilahirkan di sini adalah allahyarham Sudirman Haji Arsyad .






sebut pasal basikal...aku juga hendak mengetengahkan kedai basikal yang terkenal di temerloh, bertindak sebagai pembekal dan pemborong basikal,pembekal aksesori dan membaiki basikal..beroperasi selama 30 tahun lebih.Kedai Basikal Saudagar Hock Seng Choon Sdn.Bhd. terletak di bandar baru bersebelahan dengan Hotel Jelai. Terdapat perbagai jenis pilihan basikal . Boleh di dapati secara borong kepada peniaga2.dan ada juga perkhidmatan jualan runcit,membaikpulih basikal, serta menyediakan aksesori basikal.







terdapat lagi tempat istirehat dan tempat riadah iaitu taman tasik temerloh, taman kubang Gajah..serta terdapat satu padang MPT iaitu menjadi gelanggang tempat pesta, tempat ekspo atau lain-lain kegiatan,




Aku suka Temerloh.....LOve....

1 comment: