Saturday, February 19, 2011

Tanglung....

Sejak 2 hari lepas hset ku rosak, send msg tidak sampai..dua tiga kali aku send kan msg yg sama pada salesmanku tapi dia tak terima, so terpaksalah aku tukarkan simkad ku pada hset lain.pesanku pada bos jika ingin menghubungiku guna saja talian office yang ada di atas mejaku...aman...aman...tanpa hset,,hidupku aman.
 tiba2...aku terima msg dari Tqah..katanya esok,ahad sekolah dia buat sukan..temanya Gong Xi Fa Chai....
hmmm...cikgu ni memang memandai2...ada2 jer yang buat aku susah...ada ker sekolah melayu panggil budak hias khemah dengan tema raya cina....mana budak2 nak ambik barang2 tu..TQah untung sbb sume we all leh sediakan untuk dia.

"ma,umah kita ada tanglung kan???"
?%$###...aku rasa..anak aku ni dh blurrr,,,kat umah jiran cina sebelah umah adalah.....
"ada...sebenarnya kedai ada tanglung,dan aku baru nampak pagi tu Boy buka letak dlm kotak sbb berkabung dengan kematian mak bos"....

So...janji punya janji, aku ,boy dan aying hantar satu kotak besar tanglung kat sekolah dia pkl 9 mlm tadi....
sebenarnya dari ptg tadi lagi aku dh panas hati kat Tqah...sms aku panggil call balik,tp bila aku call..xder line lak...dah tu aku send msg marah2...bila aku smpai kat sekolah dia tadi,nmpak matanya dah berair...tQah memang manja...kadang2 geram juga aku,ada2 jer aku kena gi sekolah dia, cikgu call demam lah, jatuh tanggalah...nak tanglunglah....kut2 dia dh terikut sifat2 aku yg suka menyibuk..ntah2 apa2...

Hmmm..tak bolehkah aku rasa aman dalam minggu ni...dan lagi..hset aku dh kena setting format baru, sume barang yg simpan dlm phone dah hilang...yang aku geram format ni masih baru ngan aku..rasa mcm nak baling jer...

Friday, February 18, 2011

ZuL.....

Zul dah lama kerja di Saudagar tika aku baru melangkah masuk...minggu pertama aku bekerja, Zul pulang ke kampung isterinya di Kedah satu family...masa tu aku pun tak mengerti..tak bertanya apa2 tentang Zul..masa tu Zul berumur 33 thn dan dah memiliki 2 anak...sebulan kemudian Zul balik semula ke Pahang dan aku mula melihat kelibat Zul....

Tiba2 aku menjadi mesra dengan Zul,sebagai pekerja lama, Zul banyak membantuku..tika aku ingin mengira stok basikal yang susunan hampir ke bumbung, dan susunan yang tak teratur,ntah apa2...aku kadang2 naik ke tingkat atas store..dan menekup muka,lantaran terlalu kecewa,tidak tahu ingin mula dari mana,...dan beban kerja itu terasa berat, tapi Zul banyak membantuku dan aku hanya menulis sahaja apa yang diberitahu oleh Zul..

Dan, Zul mengikut aje kemahuan ku, apa yang ku minta dan apa yang ku suruh dengan rela hati n tanpa bantahan walaupun untuk makan minumku...kerana itu lama-kelamaan kami sudah menjadi seperti adik-beradik.

Kekurangan yang ada pada Zul turut menjadi simpatiku..lama baru ku tahu yang dia terpaksa bekerja dulu di Kedah untuk menampung perbelanjaan pulang semula ke Pahang semasa dia pulang ke Kedah dulu..Sebab tu jika dia pulang ke Kedah,dia akan mengambil masa se bulan untuk mengumpul duit tambang.

Dari situ, aku banyak membantu bebanannya sekeluarga..kesakitannya turut terasa seperti dicubit juga....

Hidup Zul, umpama kais pagi makan pagi...hasil pendapatannya tidak mampu untuk menampung keluarga dan,emaknya ..makan minum serta rumah sewa. Lama begitu Zul mengambil keputusan berhenti keje dan balik ke Kedah untuk menoreh getah Mertuanya.

Semasa kat Kedah,ada dua tiga kali dia datang ke Pahang,iaitu ketika pembinaan jalan baru kat Temerloh, rumah sewanya dahulu terpaksa dirobohkan ,ketika itu barang2 zul masih ada di rumah itu, Zul balik untuk mengambil barang2nya untuk di hantar ke Kampung nya di Caruk Puting...kedah tu kampung halaman isterinya.

Selepas itu lama aku tidak menghubunginya, kesibukan  dan kealpaan ku menyebabkan aku melupai Zul sama sekali...

Tapi hari tu..perasaan rindu membuak2 pada Zul..dalam kesibukan kerja aku menghubungi Zul...
Panggilan aku disambut oleh isterinya..dia mengatakan zul sakit kerana tersepak akar2 getah yang besar...
kakinya bengkak dan dia sakit..aku hanya menyampaikan salam dan minta dia bersabar dengan ujian yang di beri oleh Tuhan. Aku buat begitu kerana tidak mahu mengganggu zul..padahal hatiku meruntun2 rindu untuk mendengar suaranya,,

Tak beberapa minit kemudian,aku menerima panggilan dari Zul..agaknya dia pun rindu dan tak tahan mendengar dari mulut isterinya yang aku telah mencari dia....dia mengadu segala kesakitan dan beban rasa yang di tanggung..apa daya aku, hanya boleh menasihatinya supaya bersabar dan berdoa kepada Allah..dan minta dia makan ubat dan berehat.

Hmmmm...Terkejut yang amat sangat, sekejap jer kemudian, isterinya menghubungi aku, menangis tersedu2
"""Kak, Zul dah tak ada..aaa..!!!!"
 Ya..Allah...inilah ertinya runtunan rindu yang membuak2...Dia pergi setelah aku dapat mendengar suara dan rintihannya...sekejap...sekejap sangatnya..rupanya inilah rasa yang hendak disampai Tuhan.

Hmmm...teringat aku dengan keletah nakalnya...bila aku memanggilnya..."Zullll....Zullllllllllllllllll....!!!"
Dia akan tergesa2 ke arah ku..."ya kakkk...Zoo mana??? Zoooo Melaka?? Zoooo. Taiping...????""
hai gelinya hati dengan telatahnya....

Sekarang..semua tinggal kenangan,tapi Tuhan sentiasa menitipkan insan2 yang baik dan berbudi luhur hidup di sisiku.Apa khabar isteri dan anak2nya di sana????

Buat allahyarham Zul...Alfatihah..semuga Rohmu dicucuri Allah serta ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Thursday, February 17, 2011

kOsONG

seharian aku bercerita dengan kawan bos,yang bagiku dia boleh dikongsi apa sajer..dan dia ada bercerita padaku, semua orang tertanya2..apa yang boleh dibualkan n dikongsi denganku dari jam 9 pagi hingga 6 petang.
oo..banyak...

Dan dia seringkali kata sakit telinganya mendengar omelan ku yang x henti2 dari pagi hingga petang..katanya ,matanya pantas melihat apa yg tersurat..hahhha..aku ketawa,kataku..akupun bukan buta,kalau dia nampak apa yang didepan mata,taklah pelik sangat bagiku....

tapi ertinya lain...katanya,aku sering keliru,kadang2 wajahku nampak riang,kadang sebal dan kecewa..emmm pandailah dia, umpama air...baginya kalo air yng boleh diminum,dia terus jer teguk dan minum... tapi aku selalu meneliti,melihat dari dalam dan bermenung jauh..fikirku..air ni panaskah?..terlalu maniskah?...kalo aku letak kat sini tak diganggu semutkah?.....

Dan setiap pagi, aku mengambil masa yang lama untuk bersarapan pagi...nak beli kat mana?..lorat ke tidak? kalo aku makan pkl 9 pagi..mungkin aku diganggu dengan panggilan2 dari bos, kadang2 aku terpaksa bersarapan pkl 12 pakej dengan lunch sekali. Hari ni aku minta Nasir belikan... biar dia belikan aku nasi berlauk..tapi bila balik aku termenung lagi...knp nasi berlauk bergulaikan ikan kembung kecil...aku lupa nak pesankan supaya ambik ikan Aya ...peliknya, semua kena pesan sbb gulai ikan aya khas utk nasi dagang, so kalau nak gulai ikan aya kena minta khas....lastnya aku makan dengan hati yang tidak rela.

Petangnya..pk nak makan malam lak...lalu kut kedai nora..ahhh..malaslah nk berhenti, masak jer lah kat umah...tapi bila tiba dpn kedai tuk janggut..."hmm mkn jer lah,kalo aku nak masak..mengarut jer, mcam mlm sebelumnya..puas jer aku buat apa2 yg aku nk buat..baru pk psl nk makan, pkl 2 pagi baru cari makan..bab tu lah badan dh makin berisi...menu aku sama jer...nasi separuh,sup ayam n sambal belacan + timun... cuma hari ni aku tambah kailan goreng ikan masin.

Hmmm...Cuma kat umah,sbb kebelakangan ni sibuk sangat, banyak hal rumah yang diremehkan..kain baju tak berlipat..so aku mula tak tahu nak start dari mana????? mcm kat office gak...sbb keje yg berlambak, aku x tau nak start dari mana, yg jelasnya aku buat yang urgent yg bos order dulu....

Kosong..tu lah yg aku nak citer...bila ada banyak ruang kosong, kita keliru utk memilih yang mana satu,
kat restoren, kalo banyak kerusi meja yang kosong, aku keliru untuk memilih yang mana satu, kalo ruang parking banyak yang kosong..mesti aku keliru juga.

begitu juga hati..jika ruang kosong..maka kekeliruan makin menjadi-jadi, so hati hendaklah dipenuhi dengan makanan hati...kesyukuran,kemaafan,keriangan...menerima dan memberi...jujur berkata-kata dan mendengar,
ikhlas memuji,ikhlas menegur, memberi seadanya,menerima selayaknya....iwan_m6311@yahoo.com

ikhlas memuji,ikhlas menegur, memberi seadanya,menerima selayaknya....

Wednesday, February 16, 2011

kering.....

hatiku kering sudah...hati dia, hati mereka..kau teman-temanku,
entah bahasa apa yang kau kutip dari kamus hatimu,sabar yang terlalu lama...sabar yang terlalu pahit..kau semua umpama malaikat yang turun ke bumi merebut hati seorang lelaki,....

Kau menangis di talian, aku hampa dan sakit mendengar tangisanmu...tapi untuk apa kau menangis,kerana itu adalah mahu mu sendiri, kau tidak mahu mengubah, kau leka dengan janji2 lelaki, kau digula-gulakan dengan "payung emas"...hmmm, kelembutan dan ketaatan mu di beli,dipijak2...kerana apa? kerana kau mahu kan sebuah syurga dari tapak kaki seorang suami.

Tika kau menderita, mengharap kepulangan seorang suami, dia berleka2 gembira...tika kau rasa perit, kau sangkakan itu adalah mainan hatimu...

dan kau menanti mainan itu selesai, dari hari ke sehari..hingga kering airmatamu, hingga tawar rasa manis harapmu...kau bercerita kisah yang sama pada ku,hari berganti hari,minggu berganti minggu,dan sampai tahun berganti tahun..kisahmu menjadi igauan ku,menambahkan kebencian ku....

tapi...kau semacam selesa dengan kehidupan mu, dan aku pula menjadi tempat kau melepaskan lelah hidupmu..beban yang kau beri padaku menghimpit hati dan perasaanku. entah bila kau mahu melepaskan siksa itu dan menolong diri sendiri,aku pun tak pasti... aku tidak mahu hidup seperti itu,dan aku simpati pada mu sehingga akhirnya aku menjadi sandaran, hmmm...terasa pilu...bila mengenangkan kisah hidupmu yang sebenarnya kau pilih sendiri.

kau berhak berlari jika kau mahu berlari...
kau berhak berjalan jika kau mahu berjalan...
kau yakinlah yang memberi kekuatan padamu adalah Tuhan..bukan dia.
Syurga dan neraka adalah urusan Allah..bukan dia.

Andai hatimu juga kering seperti aku
andai hatimu juga kering seperti teman2 yang lain...tak perlu kau mengharapkan hujan kasih dari seorang lelaki lagi kerana mungkin di hati kita sudah tiada ruang untuk itu...

Kering...tawar....kering..tawar....
khas untuk teman2 yang sama berkongsi kisah sukaduka kehidupan

Tuesday, February 15, 2011

SaLAH DeNGar.....

Hari ni Hairul cuti kerana datuknya meninggal dunia, so tak der saper nak bawa lori,Lori tersadai jer depan Kedai...Nasir pun tak datang keje..tak per..dia kaya kot,tak payah datg keje..namanya SAUDAGAR..sume pekerja kaya2..tak yah datang keje....aku jer yang miskin,kene keje 56 jam seminggu (ya ker???)

Emmm..Lori Ys datang bawa basikal,terus ke store kat highway, aku suruh jer dia hantar barang utk kedai lain dulu ke Triang,pas tu terus hantar kedai,takyah ke Store...

Pas tu Lori Transport call aku, dia kata dh ada kat highway tp tak ada orang, aku tanya bawa brg saper...dia kata Saudagar...saudagar tu penerima, aku lah tu....barang tu,barang saper??? aku dengar dia sebut AC...ooo
AC logistic...boy suruh jer hantar kedai,bab brg tu barang mahal...smpai kedai,delivery note terus dia letak kat meja aku..dah lah lori panjang giler,terpaksa masuk ikut belakang n park sebelah hotel jelai..aku sibuk aku tak tengok pun delivery tu yang HT Global punya, aku mati2 ingat yg mcm aku dengar dlm telefon tadi AC LOgistics...

tapi dlm lori nampak kotak HT global...banyaknya basikal...nak suruh dia ke store highway lak..kunci highway ada dlm keta bos bab hari aku gi store ambik kotak,aku gi ngan keta bos..so tertinggal kunci kat situ, keta bos dh bawa gi Gambang,...Ahwi ambik kunci spare..tu pun x pasti....dia gi try dulu buka..kalo ok dia baru panggil transport pergi highway...masa tu lori masih park kat sebelah Hotel Jelai.

Drebar lori angin kat aku,dia kata dia dh citer barang ni barang HT..tp aku anginlah dia balik..dah telinga aku dengar AC...ikut akulah..nak turun barang..turun lah..tak nak,bawa balik semula...kalo turun pon aku tak mahu sign...rasa dia tak takut ker,satu trip bukan harga 5 sen.

Aku  belajar satu benda,kalo kita tak salah kita jangan takut,kalo salah pon jgn mengaku  sbb kadang2 nampak mcm kita salah,tapi kita tak salah pn..keadaan yang menyebabkan begitu.

Pas tu Ahwi call,"kak,kunci store ok...boleh bukak..suruh transport datang highway"..mula2 aku nak gi suruh sendiri,pas tu aku pk call jer lah..kalo dia angin kat aku...aku angin dia balik..aku bukan takut pon..

dia cool jer bila aku suruh dia gi highway...tadi bukan main lagi pokpek-pokpek mulut dia,dia ingat aku ni tak garang n tak laser....malas drebar,tak yah jadi drebar...jadi raja pun bukan 24 jam atas takhta...

Hari ni orang ramai kedai..yg peningnya satu customer nak barang...5 minit cakap 1 brg,5 minit ckp 1 barang..isshhh...tak boleh ker cakap sekaligus...dah lah boy sibuk ,ni nak ganggu dg perkara remeh temeh camtu..satu customer ambik masa dua tiga jam...emmm...tapi kena sabar n mulut mesti manis....customer is still right...

MaaFKAn AKu....

Maafkan aku kerana meremehkan masa mu dalam seminggu ini...mungkin kerana terlalu banyak ruang yang kosong menyebabkan aku mencarimu kembali,atau juga ruang sedia ada terlalu menghimpit ..menjadikan aku mencari ruang itu...

Maafkan aku andai aku mencipta rasa salah faham mu terhadapku,sekarang telah ku sedari  kenangan yang telah berlalu adalah suratan ilahi,dan biarkan saja ia berlalu.

Biarkan aku menutupi minggu yang remeh ini dengan ribuan ampun dan maaf darimu, andai ada yang terlanjur maafkan saja aku....

iwan_m6311@yahoo.com