Thursday, December 6, 2012

Durian

mengejar dateline setiap hari amat melelahkan,kadang2 mengerjakan sesuatu yang rutin tetapi terkadang datang jer macam2 keje.Teringatkan keje2 yang belum sempat di sentuh membuatkan hati berdebar2..dah setahun aku tak sempat lagi mendaftarkan 2 brand kat Myipo, harta intelek padahal bos mengharapkan ia success.

sudah lama gak berlalu untuk aku mengemukakan penyata kewangan persatuan dan mesyuarat kat pertubuhan kuantan, begitu gak dengan persatuan baru yang hendak didaftarkan, aku tak ada masa untuk menanganinya.

kelat jer muka aku bila Tan Sri bertanyakan hal itu kepada aku, dan tadi aku menegurnya bila ia masuk ke kedai,nampak mcm sibuk jer...dia menghulurkan sekeping kupon padaku..."jom makan durian"...nampak tulisan :durian" aku tersenyum...tertulis "jom makan durian kat BA BUNDLE...derma ikhlas rm10,20,30'"....

"bila?" tanyaku
sabtu ni..petang...
"kalo nak...aku nak kutip duit terus ni"...
"uhhh..nampak sangat..nak ambik duit ni wat beli durian"...
"haaa..sabtu aku lagi keje...aku pun tak tau leh pegi ker tak"...


aku dah pasti...apa-apapun aku tak pernah dapat ikut apa-apa aktiviti.,hari sabtu lagilah sibuk..kenapa aku selalu rasa berhutang bila banyak sangat keje yang tak dapat aku langsaikan.

"M" pernah katakan pada ku..kadang2 kita menjadi beban orang, bila orang selesa meminta tolong atau membebani kita, maka kitalah yang selalu menjadi mangsa,dan bila orang menyuruh kita..kita tak pernah membantah atau hasilnya memang memberansangkan serta tak pernah mengecewakan,maka kita telah memberi lampu hijau serta titik keselesaan kepada orang.

Terkadang aku "pana" gak...dan ingin belajar berkata "tidaaakkk" namun aku selalu memujuk dan berfikiran  positif.Pulangan yang diperolehi bukan semata-mata berbentuk komesial dan material, namun semangat, pahala dan apa yang aku pelajari disebalik kesukaran ,itulah yang aku harapkan dapat membangun pendirianku.

Dah lama aku berperang dingin ngan Tan Sri..tetapi akhirnya hubungan kami jernih kembali. So sekarang aku dah mula kena ambik tahu hal-hal politik sebab bila dia bercerita pada ku, tahu juga sedikit sebanyak untuk aku mencelah...sekurang-kurangnya mereka tahu sikap dan perangai aku yang mudah naik angin,dan memaksa untuk mencapai apa saja keinginan aku.

Akhirnya aku kembalikan semula kupon itu pada Tan Sri..."aku tak mau pegi"...dan aku tak tahu bos aku ambik ker tak kupon tu.

Yang membengangkan aku...tak lama aku kena cari orang baru lagi.bosan sungguh dengan keadaan yang selalu berlarutan.ilmu yang aku curahkan tak mendatangkan manafaat pada syarikat.dan apa yang aku berikan tidak dapat meringankan beban aku.namun aku percaya..Allah tak pernah membebankan hambanya melainkan sesuai ngan kadar diri hambanya itu.Aku pamitkan doa kepada ilahi agar Allah merestui dan meringankan perjalanan hidupku samada dalam perjalanan dunia atau menjalani titian sirahnya...namun aku tetap mendoakan yang terbaik untuk mereka yang pernah bersama-sama ku.

Tanpa aku sedari, disember dah pun akan melepasi minggu pertama.Tahun 2013 akan menjelma.Tiada harapan yang pasti namun aku tetap mengharapkan yang terindah untuk hari esok.

andai apa takdir  yang dilukiskan untuk ku,aku tetap tak berkira..namun aku kumpulkan kekuatan dan yakinkan diri untuk menerima ujian Allah ini

untuk sesiapa yang pernah mendampingi ku...(anak-anak..sahabat sejati) : kasihmu abadi di hati

Untuk sesiapa yang telah menjauhi aku,meninggalkan aku (ibubapa yang telah meninggalkan dunia fana ini, dan sesiapa yang menjauhi aku di dunia ini) : berbahagialah kau di sana dan di mana pun kau berada..jangan bermain dengan kata-kata dusta,


Untuk sesiapa yang pernah aku kecewakan : cinta kita tidak kesampaian..

bagai buah durian...durinya yang tajam melindungi kemanisan isinya di dalam....aku ingin menjadi durian..selama-lamanya.


Sunday, November 25, 2012

beruk Matyeh (bahagian 2)

Senja khamis...aku telah menerima hukuman, aku telah diikat pada sebatang pokok jering di tepi rumah, ketika laungan azan maghrib, aku tidak lagi dapat melihat mereka mendirikan saf..aku tak dapat lagi melihat meraka membaca yassin..cuma kedengaran berbalam-balam, antara bunyi cengkerik malam, bunyi katak2 yang menanti hujan...ruginya seekor beruk sepertiku yang selama ini segala-galanya ada didepanku dan aku dididik seperti itu.

dua tiga kali aku terbersin, mungkin aku tak biasa dengan kedinginan malam, ahh..nyamuk.."sioott...sioottt"....sampai hati Matyeh...dia tak dengar kah aku terbersin???

tiba-tiba..cahaya lampu dari sebuah teksi terpancar, dan tiba-tiba juga ia berhenti di tepi jalan , dan tak jauh dari pokok jering..huhuhu..itulah istana baru aku.

"ayang nak apa...emas?? intan?? berlian?? kalo ayang nak emas...abang lilitkan seluruh tubuh ayang dengan emas"....Pak Musa bercakap ngan macho nya di telefon bimbit cap ayamnya....

"uweeekkksss..." rasa nak muntah aku dengar..

corong dapur umah Pak Musa tak jauh gak ngan istana baru aku....corong dapur dia pun kadang2 berasap dan kadang2 banjir. berlagak betul mengorat perempuan,

Kerjanya hanya bawa teksi.biasalah kalau bawa teksi, macam-macam perempuan  dia angkut, ada yang baik kerja cikgu, nurse, dan ada juga yang tak baik seperti penari kelab malam, GRO, perempuan indon dan macam-macam lagi.Duit belanja rumah pun tak pernah cukup,ni nak berlagak belikan emas, intan, berlian...aku confirm..nak beli tali beruk macam yang ayah Matyeh beli ni pun dia tak mampu.

eiiii...Pak Musa ni,,,bengong betul...pergilah balik, sembahyang maghrib ker...

"Kriuuukkkkkkkkkkk..." tingkap dapur rumah Pak Musa terbuka, terjongol keluar kepala Mak Esah..macam tercium jer bau laki dia yang tersandar kat teksi dekat istana aku...

"wooiiiihhhh...yang awak tersandar kat situ lagi tu apahal...."
"ahhh...aku nak abis kan rokok ni jer....kang kamu bising lak kalo aku isap dalam umah"....

hahahhaha...ya lah tu.....Laki ngan bini sama-sama bengong....laki memberukkan bini dia...Ishhhh,,,tersalah pulak..kenapa aku nak menyumpah diri aku sendiri....!!!

Pak Musa menapak masuk ke dalam rumah perlahan-lahan.Rambutnya dah beruban, aku nampak jelas walaupun dalam pekat malam.

hahhahahaa........riuh kedengaran kanak-kanak ketawa...kedengaran derap sepatu mereka berlari...cahaya lampu picit berpilin-pilin..

"hantuuuuuu...hantu....." yang besar sikit menakut dan menyakat yang kecil...

aku apa lagi....makin galak aku memanjat...nak tengok ngan lebih jelas...

"jaga kau zali..aku tak mahu kawan"...jerit asmah....mukanya dah kelat
"biarlah.....saper nak kawan ngan ko..ko tu buruk....hehehheh"...makin kuat zali menyakat
"aku cakap kat ustaz esok..aku cakap kat emak aku".....asmah dah mula menangis....

Limah,kakak zali menampar bahu zali....

"ko ni zali...macam israel....jahat tak bertempat"...
"ishhh..akak ni..ke situ pulak..zali ni budak lagi..kenapa nak cakap zali israel pulak"...

"zali...asmah tu kecik lagi,kita kena sayang dia, kasih-sayang penting dalam kehidupan manusia,apatah lagi dalam islam..jangan jadi macam bangsa israel yang kejam, melanggar nilai-nilai kemanusiaan"..serta merta bayangan keadaan Palestin terpancar pada skrin mindanya.

Macam orang lain juga, Limah adalah angkatan baru yang ingin membawa wadah baru dalam perjuangan agama,bangsa dan negaranya..dia tak pernah lemas dalam gelombang media...dia mendakap kejap al-Quran...dipeluk lagi erat dan dirapatkan ke dada....

"limah....bagi kita,israel tu pengganas..tapi bagi bangsa-bangsa barat, islam adalah pengganas...kamu agak, kenapa mereka memanggil kita pengganas?"....Ani bertanya Limah, dia tahu limah banyak terdedah dengan bahan-bahan bacaan kerana minat Limah sangat mendalam untuk mengetahui keadaan dunia yang berlaku tika ini,

"media barat yang mengatakan kita pengganas, ini adalah kerana mereka nak mencari sokongan untuk menghancur kekuatan dan ikatan orang islam"...rungut Limah dengan nada kesal...

"tapi ternyata,orang islam berpecah hanya kerana hal yang remeh temeh..perebutan kuasa, pertelingkahan saudara...contohnya sejak azali lagi sejarah habil dan qabil....dan zaman khalifah dahulu kala, banyak perebutan kuasa berlaku"...Ani menokok tambah...

Asmah dan Zali diam membisu, apa yang dia dengar daripada mulut Limah dan ani..samalah yang dia dengar dari berita dunia kat TV3.

Aku termanggu ...aku lagilah tak tahu....Ya Allah..teruknya dunia sekarang...apa yang nak direbutkan tu....

"media yang menyebarkan fahaman itu, kemudian ramai yang menerima bulat-bulat lalu membuat hukuman sebegitu rupa,bukan mereka tak tahu,tapi mereka ada kepentingan sendiri.

Ani mengangguk-anggguk.

"kita harus banyak belajar, kita tak boleh leka dengan dunia cinta, berface-book2....kita harus bangun, bangsa ,ugama dan negara memerlukan generasi yang membawa wadah baru seperti kita"....kata Limah menggenggam erat jemari Ani.

Limah banyak belajar dan mendengar dari cikgu Husin dan ramai lagi.Apa yang disampaikan oleh guru-gurunya terasa kesannya turun ke hati.Malam ini dia benar2 memaknakan kalimat itu.Dia tak mahu menara KLCC itu yang menjadi lambang kemegahan negara,jatuh..rebah tersungkur membaham bumi,dan bangsa-bangsa asing memijak-mijak seperti bangkai.

"sungguh. aku benci israel....aku benci pendatang yang membawa onar...merosakkan ugamaku, kencing anak bangsaku..dan menjadikan negaraku sebagai tempat bertebas, bertanam..kemudian meninggalkan tunggul2 yang kering berkulat...betul2 parasit"...Limah dipagut emosi....

derap kaki mereka beransur-ansur hilang dari cuping telingaku.....

Wahai malam....
wahai manusia....
aku diam termanggu di dahan jering...tiba-tiba aku nampak cahaya bintang begitu indah....berbaur dengan cahaya hijau yang keluar dari mataku...

aku menutup mata perlahan-lahan.
esok masih ada,





Friday, November 16, 2012

beruk Matyeh (bahagian 1)


bahagian 1 : aku dan keluarga MatYeh...


biar aku kenalkan diri aku dulu...
aku seekor beruk, di bela oleh matyeh dua tahun lalu..katanya aku diberi oleh tauke Ah Seng yang memborong pisang di sekitar kampung ini, khabarnya aku masih tidak ditumbuhi bulu sewaktu tauke Ah Seng memungut aku yang jatuh dari dukungan ibu ku sewaktu ibu ku di tembak oleh kuncu2 tauke Ah Seng...emmm...baik kah tauke Ah Seng itu, menyelamatkan nyawaku tetapi menembak mati ibuku..bayangkan betapa sakitnya ibuku, antara menahan getir nyawa yang jadi taruhan...antara melepaskan aku yang jatuh ke bumi..ibu ku pergi dengan rasa terpaksa..ahhh..kesian nya, kerana mungkin dia merasakan aku turut mati terbunuh...

Matyeh memelihara aku..dari sehelai bulu ku tumbuh..hingga lebat..dan aku senakal ini...setiap kali aku merengek lapar, matyeh membancuh susu untuk ku dan memberi aku dengan botol susu..menyebabkan aku menjadi manja, setiap hari selepas diberi susu ,aku dibelai oleh matyeh..dan bila lapar atau aku ditakuti oleh orang lain..aku berlari dan memaut betis Matyeh..dan kadang2 aku terkencing di betisnya...antara marah dan sayang, Matyeh menjentik telingaku...dan mengomel 



"hmmm..ambik ni...nakal lah lagi".....dan aku merengek2 manja...

aku bebas dalam rumah Matyeh..dan perasaan ingin tahu ku menjadi2..semua barang2 sekolah Matyeh aku usik..kadang2 Matyeh tak sabar juga dengan kerenah ku yang suka mencuri tumpuannya untuk belajar, tahun ni Matyeh akan mengambil SPM..dan dia memerlukan masa yang banyak untuk mentelaah pelajaran.
satu malam....
"bosan lah saya ngan beruk matyeh tu....degil dia makin menjadi2"
"apa pulak ni Peah...setiap malam,kalo saya penat..bukan awak nak picit belakang saya ker...awak asyik membebel pasal beruk pulak"
"abang tak tau,dia dah pandai buka tudung periuk atas dapur saya"
"isshhh..dah awak ada buat apa..awak tengok2 lah dia tu"
"abang ni....kalo saya cakap,asyik menyebelahkan beruk yang sekor tu jer"


Aku tersenyum mendengar celoteh emak dan ayah Matyeh dalam biliknya...
dengkuran Matyeh menjadi-jadi..buku yang dibaca masih terlungkup atas mukanya...aku tidur di kaki Matyeh...kadang-kadang kaki Matyeh tersepak aku...tapi aku dah biasa..kadang-kadang sempat mengelak..kadang-kadang2...Hmmmm..biasalah ..jatuh ke bawah gak..

Esoknya aku terima keputusan "black n white".keputusan yang berupa hukuman.silap aku juga..setakat pen Matyeh aku patah-patahkan, pemadam dia aku kunyah...matyeh hanya mendiamkan diri sahaja takut aku dimarahi emaknya..tapi pagi ni aku mengambil kunci kereta ayahnya, cantik sangat di gantung buah strawberry..aku mengunyah buah strawberry itu sampai rasa nak patah gigi aku....dah lama aku mengidamnya..semenjak aku tengok Wani, sepupu Matyeh menayangkan "keychain" buah strawberry tu kepada ayah Matyeh yang dibelinya masa makan angin ke Cameron Highlands hari tu...fuuhhh..berair mulut aku...warna merahnya memberi inspirasi pada ku...sebab sepanjang aku dibesarkan..tak pernah pun aku nampak buah yang semacam itu di sekeliling rumah Matyeh.

Ayah Matyeh bising mencari kunci keretanya...hari dah lewat, ayah Matyeh hendak pergi kerja,
"awak ni dah tua...letak barang pun tak ingat..letak merata-rata"
"selalunya saya letak atas meja ni lah..."
"hahhaha...tu buah strawberry dah hancur di kunyah beruk kesayangan anak awak tu...tanya dia lah"

Tak payah tanya....telinga aku di jentiknya...dan dia rampas kunci kereta tu dari tangan aku
"nanti besok2...dia yang bawa kereta tu pegi ke bandar"....Emak Matyeh saja jer nak membakar kemarahan ayah Matyeh...suka lah tu...dapat mengumpan sakit hati ayah matyeh kepada aku lantaran segala omelan nya tidak di peduli oleh ayah Matyeh selama ini...

"sekarang aku lorat nak pegi keje...nanti ko ..kalo aku balik karang"
Ayah Matyeh mengacu2 telunjuk nya kepada aku....
isshhh..panik aku seketika...di sebabkan aku beruk..so aku tak berfikir sebelum aku buat perkara bodoh itu..tapi...apakah makan strawberry itu perkara yang bodoh..????



Saturday, November 10, 2012

bukan sekadar utk di telan....

Nasi adalah rezeki...........

tapi merupakan salah satu makanan yang sangat digeruni oleh mereka yang sedang berdiet.Memang nasi mengandungi sumber tenaga kabohidrat yang tinggi..tanpa pengetahuan yang tinggi ada yang menyatakan "makan nasi punca kegemukan"
 mula kan dengan "bismilah"...doakan rezeki menjadi darah daging dan kekuatan kita...
aku nak kongsikan kebaikan beras perang...yang pada anggapan kita beras ini hanya untuk pesakit diabates ajer


Beras perang ialah beras yang tidak dibuang kulit arinya.Kandungan minyak pada lapisan kulit dalam padi tersebut dapat membantu menurunkan kolestrol LDL.

Beras perang mempunyai rasa seperti kacang dan lebih kenyal daripada beras putih, dan ia mempunyai kualiti sebagai ubat,Antara kelebihan perubatan yang ada dalam beras perang adalah


mengurangkan kolestrol dalam badan
sesuai dimakan oleh orang yang ingin mengurangkan berat badan

satu cawan beras perang memberikan kita 88% magnesium yang diperlukan oleh tubuh.Mineral paling penting untuk mengawal sistem saraf, mengawal paras kolestrol badan selain penghasilan hormon seks.

Mengurangi kesan penyakit kencing manis jenis ke-2

jadi..bertukarlah ke beras perang..untuk yang berkemampuan dan mementingkan kesihatan....selamat mencuba dan menjaga kesihatan....

Tuesday, October 9, 2012

pErmAta HaTIku...........

sewaktu mama mendapat berita.......
"tahniah ,,puan telah hamil 4 minggu".....itu hanyalah dialog dalam filem atau drama-drama TV
....fenomena sebenar bukan lah begitu, bagi seorang doktor, dia pun sudah muak dan letih nak mengucap syukur atau tahniah..cuma dalam kes2 terpencil jika seorang pesakitnya yang susah utk mendapatkan zuriat, maka jika Allah memberi rezeki kepada pasangan tersebut, mestilah kegembiraan itu turut dirasai dan dikongsi oleh semua orang...

Bila mama merasai satu kelainan,..melalui ujian air kencing...mama di khabarkan yg janin mu ada dalam rahim mama, mama gembira dan bersyukur  yang mama adalah seorang wanita yg sempurna...mama mampu menjadi seorang ibu

mama mula menghitung hari....

dari kepala mama mulai berdenyut2..loya dan muntah-muntah...kalau makan, muntah..kalau tak makan,lapar dan tiada daya...mama selalu membelikan dua bungkusan makanan...mama makan untuk mama...lalu mama muntah...pas tu mama makan utk kamu..alhamdulilah..dapat mengisi perut dan memberikan tenaga untuk mama ,terus menyalurkan rezeki utk kamu juga..
alhamdulilah...kamu sihat..membesar ikut fitrahnya....

seketika-seketika...perut sakit bagai di pulas2....mama hanya mampu menekap bantal menahan sakit..nak diurut,..kamu ada di dalam....

badan mama mula berubah....

Tulang rahang pipi mama mula berubah mengikut berubahnya saiz perut mama....semuanya tidak di tempat asal...bila mama ketawa...atau terbersin...Ya Allah sakitnya..dia bukan otomatik tertutup malah ....sehinggakan kesakitannya menular ke mata dan ke telinga..kadang2 mama terdiam tepi jalan menahan sakit yang amat sangat....
Tulang punggung mulai berubah...dah tak boleh nak berjalan...sakit yang amat sangat...proses membesarkan janin kamu melalui beberapa proses kesakitan...proses emosi..kebimbangan dan bermacam-macam lagi...

seusai bulan ke 7 dan ke 8....kamu semakin galak...alhamdulilah mama tak menghadapi masalah apa-apa ketika melalui beberapa ujian semasa mengandungkan kamu....

yang peliknya mama mula pandai mengidam yang bukan-bukan, mama ingin kan makanan dari wad hospital..yang pada selera mama tika itu sedap dan enak sekali...melalui seorang kawan, mama dibekali oleh masakan dari dapur hospital yg di masak khas untuk mama... Syukur alhamdulilah..rezeki kamu.

kemudian mama teringin makan pucuk asam gelugur di cecah garam kasar...satu pagi, masa mama sedang membeli nasi di sebuah gerai, mama nampak tuan gerai itu membawa pucuk gelugur yg banyak, katanya utk di taruh dalam masakan asam pedas....dengan tiada rasa malu, mama meminta sedikit,kerana terlalu teringin utk makan, dia faham mama mengandungkan kamu..lalu di berinya kepada mama....di pejabat, mama terus mencecahnya dengan garam kasar...sedap sangat....

tiba2 terasa terbau2 wangi kemunting pasir yg warnanya ungu....teringin sekali merasainya seperti zaman kanak2 dulu...mungkin kamu juga ingin merasai zaman kanak2 ibu....alhamdulilah..ada kawan sepejabat yang tolong mendapatkannya....



dari wangi kemunting pasir....mama mengidamkan buah delima...lepas tu bulan ke 7...mama teringinkan burung puyuh...hmmmm....

gembiranya menjadi seorang ibu...menghitung hari....menunggu untuk melihat wajahmu....


Friday, August 24, 2012

warkah terindah dari bondamu...

lamanya aku diburu usang idea2....sebabnya bila ajer aku ingin menulis...kenangan2 menerpa kembali,baik yang ceria mahupun berduka....sebenarnya aku benci pada kenangan2 lalu...padahal kenangan2 itu adalah menandakan yg aku pernah hidup dan bernafas....knp aku perlu membohongi diri sendiri....

cepatnya waktu berlalu...dalam pada aku mengurus dan memujuk hati sendiri....waktu berputar mengikut arusnya...kadang2 aku terleka dengan kedewasaan diri, terlalu bersedih mengikut kata hati..terlupa bahawa banyak lagi hati2 yg perlu di rawat....anak2 ku...maafkan ibu mu kerana mungkin banyak lagi amanah yang tak terpikul olehku..atau tanggung jwb yg aku jalankan tidak sesempurna mana.....

sudah nak berakhir ogos....puasa sudah berlalu...Aidilfitri pun pantas meninggalkan kita....aku seakan2 terlupa...aku tersepit antara 2 jenerasi dan dua alam...alam di mana kedua2 ibubapaku jauh meninggalkan aku..serta alam di mana anak2 ku sedang membesar..memantapkan kerohanian dan jasmaninya....Ya Allah...berilah kekuatan kepada anak2 ku...jangan lah menghukum mereka dengan takdir... yg kesilapan atau kealpaan yg kami lakukan..........

Ya Allah..........mereka penyambung jenerasi ku....mereka kekasih hatiku...mereka ujian bagiku...........

mereka adalah madu setiap rasa pahitku terkedu di jiwa.........
perlukan aku berkata2.....sedangkan kata2 itu tersekat di kerongkongku....tiada ungkapan "ya" atau "tidak",, atau pertanyaan "mengapa"....atau "kenapa" semua ini harus terjadi...bukan aku yang perlu memilih.... atau melukis takdir....

Andai...........waktu mengizinkan.....ingin ku coretkan lagi....salam kasih bonda..............selamat hari raya Aidilfitri ..utk kesekian kalinya.............

Sunday, January 8, 2012

ibu mertuaku-Kassim Selamat

kisah ibu mertua dan Kasim Selamat dah tak asing lagi dlm masyarakat kita, kisah ibu mertua bukan saja ada dalam layar atau dlm kertas-kertas novel, namun memang ada dalam dunia nyata.Ada bermacam-macam kategori dan kerenah ibu mertua, namun ada juga yang mempunyai hati malaikat sangat mulia menjadi contoh tauladan anak menantu.

Kisah kahwin tanpa restu ibu mertua, kahwin dengan pasangan yang tidak disukai ibu mertua,apalagi ibu mertua sudah ada calon yang sesuai untuk bakal anaknya.Kehidupan rumahtangga bakal berada atas panggang api kerana sentiasa disirami dengan minyak dan angin yang kuat.kesabaran tak akan mungkin bertahan lama, dan jodoh pertemuan tidak akan selalunya sentiasa memihak kepada kita. seandainya setiap hari ada saja kesilapan dan keburukan kita di cari dan diungkit-ungkit.

Kisah mertua yang mata duitan, menantu yang kaya dan berada di sanjung dan menantu yang tidak berharta di pijak-pijak dan dibuli.Menantu yang kaya di pakai kata pendapat,di bawa berbincang,di angkat ke tepi ke tengah, dan menantu yang tidak berada hanya macam melukut di tepi gantang, kalau dalam bab kenduri kendara menantu yang kaya duduk di tengah rumah menjadi kepala, tetapi menantu yang tidak berada, kalau lelaki mungkin jadi tukang pasang kemah, tukang buat air..dan kalau menantu perempuan jadi pulak tukang cuci pinggan-mangkuk...dan menjadi kuli rumahtangga. pernah kah ada dalam sejarah, ibu mertua memanggil semua menantu-menantunya berkumpul dan bermesyuarat dan katanya " Emak tahu,di kalangan kamu ini ada yang kerja doktor,lawyer,cikgu,..ada yang penoreh getah,suri rumah tangga,model...tetapi hari ini emak tidak memandang kamu sebagaimana orang lain memandang kamu,emak hanya memandang kamu sebagai menantu emak...jadi kamu semua mestilah membuat kerja samarata, emak akan melayan kamu samarata dan sebagaimana dalam adat orang melayu,yang muda harus menghormati yang lebih tua walaupun kamu semua berpangkat,bila masuk dalam rumah emak, pangkat kamu harus di tinggalkan.dalam rumah ini hanyalah "menantu" emak..bukan "status" kamu....................".............pernah adakah ibu mertua berkata begitu.....????

Kita adalah apa yang kita nak jadi.....menghormati orang tua adalah sifat mulia dan sangat di tuntut oleh Allah, namun mesti ada batasnya.jika hari pertama masuk dalam keluarga orang, nampak kelainan layanan dan penerimaan orang terhadap kita, kita mestilah letakkan lampu kuning tanda berjaga-jaga...jangan pula sampai di buli dan di hina. Bukan salah kita kalau kita tak cantik dan tak kaya, bukan salah kita juga jika kita ditakdirkan menjadi jodoh anak mereka.Bukan menjadi satu dosa kalau kita meletakkan sempadan dalam hidup kita.Dia cuma ibu mertua kita,ibu suami kita yang perlu di hormati,di muliakan,di rawat dan di jaga.Syurga suami kita berada di bawah tapak kaki ibu mertua kita, dan syurga kita berada di bawah tapak kaki suami kita, itu cuma kata-kata yang senang untuk di fahami..kita dapat semua syurga tu andai tuan tapak kaki tu seorang yang beriman dan berhati malaikat, jadi jika kita di bawah kaki dia,ertinya kita berada dalam keredhaan Allah,Itu juga bukan bererti kita tak perlu sembahyang,tak perlu puasa ....jadi semua perkara berbalik kepada diri kita sendiri, kita tak perlulah bergantung kepada orang lain untuk mendapatkan syurga kita, sampai kita kena buli dan dianiayai......ingatlah...Ibubapa kita juga ingin melihat kebahagiaan kita..........

Banyak rumahtangga yang hancur atas sebab hasutan dan campurtangan mertua, ada juga yang menggunakan bomoh dan ilmu hitam untuk memisahkan anak dan menantu mereka, sedarlah wahai ibu mertua.... umur anda pun tak mungkin bertahan lama,suatu hari nanti anda akan kembali kepada Allah..bertaubatlah...dari menganiayai anak menantu......