Sunday, June 26, 2011

bila "pucuk muda "diintai

cinta wanita muda dengan lelaki tua sudah basi..sekarang dunia sudah berubah.sekarang wanita berusia sibuk memilih lelaki muda sebagai pasangan.bangga sangat kalau dapat berjalan berpimpin tangan dengan sipucuk muda yang kacak bagaikan adik dan anak sendiri.


dan bukan saja terjadi kepada artis2 tetapi sudah menjadi realiti akhir2 ini..sana-sini wanita berusia dilihat berjalan berpimpin tangan mesra dengan jejaka2 yg muda bergaya.


walaupun sekarang cara orang berfikir berbeza berbanding zaman datuk nenek kita dahulu,rasa macam ada yang tak kena..kata orang,kalau sudah jodoh,dapat pucuk muda,seia-sekata,dapat restu dari orang tua ..apa salahnya...salahnya banyak..restu orang tua apa?..kalo si wanita sendiri pun dah tua...restukan diri sendiri kut....


kata orang lagi...asalkan bahagia,tidak menjadi "pak turut" dan pilihan datang dari hati masing..semua boleh jalan ajer....


kata orang lagi.....asalkan bukan suami orang,bukan kekasih orang,apa salahnya..lebih baik berkahwin dengan lelaki muda daripada mengambil suami orang,lelaki muda idak banyak kerenah,mudah diurus,ikut telunjuk dan tak banyak memerintah....


kata wanita : aku sudah ada wang,ada nama dan pendapatan sendiri,aku tidak perlukan wang lelaki untuk menampung hidup..jadi kalau mencari lelaki muda yang biasa2,tidak berharta sekalipun masih boleh hidup bermewah2 kerana lelaki berusia suka mendera mental..suka mengongkong dan inginkan wanita berada di bawah telunjuknya.


pada hakikatnya,wanita berusia yang bercinta dengan lelaki muda banyak sangat risikonya,jika jurang usia terlalu jauh,cuba bayangkan 10 tahun..20 tahun akan datang...tentu tak sanggup nak bayangkan...di kala siwanita membilang kedut diwajah...si lelaki makin seronok mengejar impian..selalunya jarang sangat cinta lelaki muda yang tulus dan ikhlas..selalunya mereka bersebab dan inginkan kesenangan dan kemewahan hidup yang sedia terhidang asal saja sanggup menyerahkan secebis hati..tapi entah jujur atau pun tidak....



Wednesday, June 22, 2011

remeh

tiba tiba kau hadir meremehkan hariku
katamu kau rindu
kau buat miss call
kau mesejku tanya aku dah makan ke belum............


padahal.....selama ini tiada siapa n apa-apa yg meremehkan aku
tiada siapa yg rindu
tiada siapa buat miss call
tiada siapa yg tanya aku dh makan ke belum


hidup lagi aku sampai ke hari ini....................!!!


mungkin kau geram..benci....
tapi kalau hset aku mampu bercakap sendiri aku dh minta dia jawab..
kalau perut aku dah kenyang sendiri tak perlu aku makan lagi....




hidup lagi aku sampai ke hari ini..................!!!


biarlah kau geram...benci..
tunggu hingga esok pagi...
tengok matahari..hidup perlu diisi
pengertian bersilih ganti
aku tak mampu menerima..apalagi memberi...
biarlah  hariku tenang
biarlah rezekiku.datang
aku mahu lelapkan mata....tenanglah malamku....


biarpun.... daun yg jatuh tak pernah membenci angin
tapi biarlah angin itu pergi
jangan meremehkan hari ku lagi....

Sunday, June 19, 2011

keluhan

warkah untuk mak n ayahku.....








mak...selama ni kau tak pernah pun berkata2 untuk aku...sekali jer yg pernah kau kata, masa aku pergi ke Pantai Cinta Berahi (sekarang Pantai Cahaya Bulan)...masa tu aku baru dapat gaji, aku naik motor pergi ke Kem Kijang dekat adik yg masa tu belajar di ITM...ntah masa tu jiwa aku tengah kacau...aku race motor mcm pelesit....aku ke Kem kijang jumpa adik..lepas tu kami naik bas ke Kota Bharu..masa tu aku belikan payung untuk adik.Kami balik semula ke Kem Kijang dengan bas..lepas tu aku balik ke rumah dengan motor.kau mcm tak percaya yg aku pergi jumpa adik..kau kata aku pergi couple....aku rasa geram dengan pandangan mata mak yg "cuak" pada aku,..kadang-kadang ada kesal yg datang bertandang,aku selalu juga tipu mak..tapi bukan tipu cuma mak tak tahu jer apa yg aku buat setiap hari..tapi kalau benda yg aku tak buat,di serang dengan pandangan mata CUAK seorang ibu...alangkah sedihnya...




















ayah...ari tu aku kena pukul..tp abang selamatkan aku..masa tu aku kecik lagi..aku tak tahu apa yg aku buat betul atau salah...aku ingat bila semua org boleh buat..aku pun boleh buat sekali..masa tu aku bermain2 kat rmh sedara kita, bila mereka yg lain tak mahu balik, tido ramai2 rumah sedara, aku ingat aku pun boleh juga..tapi besoknya bila aku balik, aku kena pukul..lepas tu baru aku tahu yang kita adik beradik tak boleh tido rumah orang.


dulu pun aku pernah gak kena pukul...ayah bukannya pukul kuat, tapi aku terasa sampai sekarang..aku pun pernah pukul anak..mungkin anak2ku merasa perkara yg sama...aku masih ingat, masa tu aku balik dari sekolah rendah...kerani sekolah ada bertanya aku tentang adik beradik yang belajar di Universiti...aku katakan abang ada di Kolej ungku Umar masa tu...ayah marah sangat sbb katanya nanti bila pihak sekolah tau abang pandai,keje sedap2..nanti susah dapat biasiswa..padahal masa aku naik tingkatan satu..aku terpilih dapat borang yang hendak di isi....bukan sume orang dapat,tapi masa tu ayah tak pula bawa chop ke penghulu..dan borang tu dibiarkan begitu saja.






aku bertuah kerana pernah jadi seorang anak...dan kini menjadi seorang ibu, aku tak tahu apa isi hati mak dan ayah ku dulu tetapi apa isi hatiku sekarang hanya Allah saja yang tahu.aku pun tak pasti apakah aku pernah membuat mak dan ayah aku menangis tetapi aku selalu menangis mengenangkan anak2ku.


Andai mak dan ayahku tahu...


bila aku berkahwin dan tinggal di rumah sendiri, saat2 makan amat menyedihkan..selalunya aku yang masak untuk ayah, bila sampai waktu makan, aku teringatkan mak dan ayah...apakah yang mereka makan hari ni...aku menangis....tetapi bila aku ke rumah mereka, aku nampak hidangan mereka lagi banyak dan sedap...aku bertanya dalam hati kecilku "apakah mereka boleh makan tanpa ingat diriku???" sekali lagi aku menangis...sebenarnya aku ni berlebih2 dalam beremosi..sebab tu hidup aku sentiasa gundah gulana...mestilah ayah dan mak aku tidak risau...kami bukan tidak mampu untuk makan...malah kami boleh makan semahu2nya mengikut apa yang kami suka...tapi betul lah...aku suka mencari silap orang...suka berteka-teki dengan perkara yang aku tak tahu...dan remeh temeh...


Mak dulu pergi mengadap ilahi...ayah tinggal keseorangan tiada pendamping...hanya anak2 yang duduk berdekatan menjaga dan menemani...masa tu aku sudah berpindah jauh ke Temerloh...masa tu bermulalah era aku tidak pulang berhari raya ke kampung pada hari raya..aku pulang sebelum hari raya atau selepas hariraya..yang ke...kee...ntahlah..ke sebulan..ke dua bulan....


Masa mak ada,aku selalu telefon ayah bertanya khabar..tp ayat yg selalu aku pakai "hari ni mak masak apa?"...tu jer yang aku pandai...tapi bila mak dah tak ada...aku dah tak boleh pakai ayat tu lagi...so aku dak tak telefon ayah lagi....knp berat sangat aku nak buat itu semua???


malam-malam..tika syahdunya perasaan...ingatan pada mak dan ayah datang bertimpa2..yang paling aku sedih..bila kakak ku kata masa aku balik kampung minggu lepas...katanya badan dah rasa tak berdaya, rasanya kalo masuk hospital, dia dah  tak balik rumah..lagipun mak dah datang memanggil2 dalam mimpi.....


andai salah seorang dari kami pergi dulu...ntah apa yang aku rasakan..walaupun kadang2 lidah tergigit,tapi kasihsayang antara kami tetap terpahat di dalam hati.generasi atas kami sudah tiada...mak,ayah ...mak sedara,bapa sedara...sume sudah tiada, apalagi datuk dan nenek...sepupu kami sudah banyak yang mengadap ilahi...hanya adik beradik kami yang cukup lagi..melainkan dua orang yang meninggal masa kecil lagi......berkata-kata hati tika hayat dikandung badan.....

Thursday, June 9, 2011

TEMERLOH.....emmmm TEMERLOVE......

Besarnya mercutanda Temerloh kat tebing sungai semantan....yang tu aku suka sangat..apatah lagi waktu malam..cahaya lampu dari kotak2 perkataan mercutanda itu amat terang dan bayangan  tulisan TEMERLOH di dalam sungai semantan tak pernah tenggelam....Mercutanda itulah menjadi kebanggaan kami penduduk Temerloh.






Bandar Temerloh dan ikan patin tak dapat dipisahkan.Ramai pengunjung dari luar negeri Pahang sanggup datang ke negeri ini semata-mata untuk merasai keenakan masakan gulai patin.salah satu masakan yang sangat popular ialah masak gulai tempoyak ikan patin.Gerai yang amat terkenal ialah gerai Pak Usop di tepi sungai Semantan.Pelanggannya amat ramai dan dua periuk besar gulai tempoyak memang habis setiap hari. pernah aku pergi makan pada pukul 2 petang, namun tidak sempat untuk merasainya kerana Pak Usop sedang memasak untuk periuk yang kedua pula setelah satu periuk besar telah licin.






Bandar Temerloh terletak di tengah-tengah negeri Pahang Darul makmur dan berada di persimpangan antara sungai semantan dan Sungai Pahang.Bandar Temerloh di bahagikan dua bahagian iaitu Bandar baru dan bandar lama.Bandar lama adalah terletak di tebing sungai Semantan, manakala bandar baru terletak agak jauh dari sungai tersebut. Antara keunikan bandar Temerloh ialah sistem perhubungannya masih mengekalkan pengangkutan perahu tambang.Penumpang akan menanti perahu tambang di sebuah pengkalan khas yang baru dibina dengan tambang rm1.00 seorang dan lebih kepada dijadikan destinasi pelancungan iaitu Esplanad Temerloh. Di sini juga baru dibina jambatan gantung yang menghubungkan tebing sungai semantan dengan dataran ikan patin iaitu satu restoran yang menjadi duta ikan patin..(wahhh..restoran pun dah jadi duta). Setiap tahun di adakan acara tahunan berkayak yang  menjadikan esplanad sebagai tempat persinggahan utama.Di pinggir sungai Semantan juga terdapat Masjid besar Sultan Abu Bakar, serta terdapat stesen bas lama, sekarang masih beroperasi dengan menempatkan bas-bas bandar.. walaupun sudah terdapat stesen bas baru di bandar Sudirman.


.


Pada hari ahad, disepanjang tebing sungai semantan terdapat pekan sari bermula dari Masjid Abu Bakar sehingga ke Stadium.Pada hari itulah kegiatan bot2 tambang amat sibuk dan ramai orang datang ke tebing Sungai semantan semata-mata untuk membeli-belah.




Nun jauh di sana terdapat jambatan Sultan Ahmad Syah yang menghubungkan Temerloh dengan tanah seberang sana, sebelum Lebuhraya  di bina, jambatan ini sebagai jalan utama ke Kuantan dan Maran. Sekarang bila Hospital Sultan Ahmad Syah di Paya Pulai beroperasi, jambatan ini telah menjadi laluan utama.








Terdapat bandar baru iaitu di tepi Jalan Kuantan, di situ terdapat kemudahan penginapan iaitu Hotel Jelai, Hotel Semantan.dan greenpark Hotel. Dikawasan ini terletak bangunan TNB dan Kastam. Antara kemudahan perkhidmatan yang di adakan di Temerloh adalah perbagai jabatan yang di satukan di bawah satu bumbung di bangunan GUNASAMA..iaitu pejabat buruh, dan lain2 lagi.





Terdapat satu lagi bandar baru yang dinamakan Jalan Sudirman iaitu menempatkan stesen bas baru, pasaraya ,perkhidmatan perbankan dan lot-lot perniagaan.serta terdapat badan2 kerajaan n separa kerajaan seperti jabatan Hasil Dalam negeri dan Suruhanjaya syarikat Malaysia.Terdapat bangunan yang dinamakan Plaza MPT iaitu menempatkan pejabat Majlis Perbandaran Temerloh.



Di atas ini dan di sebelah kiri adalah laluan lebuhraya dan hampir ke Tol Temerloh perjalanan dari Kuantan.


Di Temerloh terdapat juga sekolah . antara sekolah yang terkenal adalah sekolah Menengah Abu Bakar, antara tokoh yang terkenal yang dilahirkan di sini adalah allahyarham Sudirman Haji Arsyad .






sebut pasal basikal...aku juga hendak mengetengahkan kedai basikal yang terkenal di temerloh, bertindak sebagai pembekal dan pemborong basikal,pembekal aksesori dan membaiki basikal..beroperasi selama 30 tahun lebih.Kedai Basikal Saudagar Hock Seng Choon Sdn.Bhd. terletak di bandar baru bersebelahan dengan Hotel Jelai. Terdapat perbagai jenis pilihan basikal . Boleh di dapati secara borong kepada peniaga2.dan ada juga perkhidmatan jualan runcit,membaikpulih basikal, serta menyediakan aksesori basikal.







terdapat lagi tempat istirehat dan tempat riadah iaitu taman tasik temerloh, taman kubang Gajah..serta terdapat satu padang MPT iaitu menjadi gelanggang tempat pesta, tempat ekspo atau lain-lain kegiatan,




Aku suka Temerloh.....LOve....

Tuesday, June 7, 2011

semalam yang berlalu...

4 jun 2011 sudah berakhir...hari ini aku sudah mula kerja, start balik segala rutin harian ku..suara masih serak2 kering..aku ke farmasi Mercury..beli ubat..melayang gak rm18...aku ngan boy membebel dalam keta.."kak..baik beli ubat kat farmasi..kalo gi doktor melayang Rm ratus...makin sakit ada lah..."..hmmm kami ketawa..."kalo kita ckp selesema n sakit tekak..dia ambik lampu suluh n batang aiskrim tekan lidah kita..baik kita ambik lampu yg kita suluh burung walit..kita suluh sendiri pun tak per..."


cuma balik ..bila aku kata aku beli ubat kat farmasi..bos membebel...aku kata..malas lah...dia charge mahal..."pegi doktor kerajaan..ubat dia bagus..."


emm..bos aku suka lah puji2 doktor kerajaan...


wahhh...eno selamat dah jadi bini al-haris...tahniah...sedih gak sbb tak dapat menyaksikan majlis pernikahan mereka di masjid besar muhammadi di kota Bharu..kerana aku bertugas jadi crew juru dapur..seingat aku..aku bangun kul 6 pagi lagi...buat makanan pengantin n cucuk bunga telor....emak si eno yang buat pulut kuning....


aku demam..batuk n selsema..namun dalam kepayahan n ketidakselesaan itu..aku dapat melaksanakan tugas aku dg sebaiknya....


cuma bos tanya.."byk pakai duit ?"
"banyak".....yang paling aku takut..date 20-28 hb...emmm...bila statement kad kredit aku sampai...


semalam yang berlalu..adalah kenangan yang terindah..ini adalah umah ibubapa kami dulu..sekarang tiada penghuni walaupun sudah di amanahkan kepada adik bongsu kami...banyak kenangan yg terindah di sini....kepada kekawan yang pernah datang ..mesti kenangan dulu bermain di mata kita.....dan bertakhta di hati kita...


di depan sana adalah hostel yang di sewa oleh kolej jururawat Master Skill...depan hostel tu betul2 tanah aku...teringin rasa nak buat projek apa2 tapi aku masih nak stay kat Temerloh.. yang sebelah kiri ni umah sepupu aku LIMUCO MICHEAL  atau ABDUL RAHMAN LIMUCO...
mak sedara aku kawen ngan org filipina..tu lah pasal nama dia org putih...


kat sini ada pangkin tempat lepak2..pangkin ni baru ajer ada..masa aku kecik2 dulu sini ada pokok bacang,keriat . masa aku anak dara,aku tanam pokok bunga pisang banyak kat sini..mcm2 warna...ada merah n kuning...tiap2 pagi aku siram n jaga daunnya.


masa balik hari tu aku sempat gak gi jejalan umah kawan baik aku sawitah..eemm rajin betul dia menanam bunga n sayur2an kat belakang umah dia..dia sakit animia..so dia banyak menghabiskan masa dengan benda2 yg berfaedah..kerana tak mahu melayan kedukaan hati...




pokok kekuk...emmm..sebut jer...emm lot 670..kebanggaan umah kami..mcm ubat 760 ajer...


ni...  emmm..aku abadikan gambar bersama anak bongsu aku...adibah.....semalam yang berlalu adalah kenangan....