cinta wanita muda dengan lelaki tua sudah basi..sekarang dunia sudah berubah.sekarang wanita berusia sibuk memilih lelaki muda sebagai pasangan.bangga sangat kalau dapat berjalan berpimpin tangan dengan sipucuk muda yang kacak bagaikan adik dan anak sendiri.
dan bukan saja terjadi kepada artis2 tetapi sudah menjadi realiti akhir2 ini..sana-sini wanita berusia dilihat berjalan berpimpin tangan mesra dengan jejaka2 yg muda bergaya.
walaupun sekarang cara orang berfikir berbeza berbanding zaman datuk nenek kita dahulu,rasa macam ada yang tak kena..kata orang,kalau sudah jodoh,dapat pucuk muda,seia-sekata,dapat restu dari orang tua ..apa salahnya...salahnya banyak..restu orang tua apa?..kalo si wanita sendiri pun dah tua...restukan diri sendiri kut....
kata orang lagi...asalkan bahagia,tidak menjadi "pak turut" dan pilihan datang dari hati masing..semua boleh jalan ajer....
kata orang lagi.....asalkan bukan suami orang,bukan kekasih orang,apa salahnya..lebih baik berkahwin dengan lelaki muda daripada mengambil suami orang,lelaki muda idak banyak kerenah,mudah diurus,ikut telunjuk dan tak banyak memerintah....
kata wanita : aku sudah ada wang,ada nama dan pendapatan sendiri,aku tidak perlukan wang lelaki untuk menampung hidup..jadi kalau mencari lelaki muda yang biasa2,tidak berharta sekalipun masih boleh hidup bermewah2 kerana lelaki berusia suka mendera mental..suka mengongkong dan inginkan wanita berada di bawah telunjuknya.
pada hakikatnya,wanita berusia yang bercinta dengan lelaki muda banyak sangat risikonya,jika jurang usia terlalu jauh,cuba bayangkan 10 tahun..20 tahun akan datang...tentu tak sanggup nak bayangkan...di kala siwanita membilang kedut diwajah...si lelaki makin seronok mengejar impian..selalunya jarang sangat cinta lelaki muda yang tulus dan ikhlas..selalunya mereka bersebab dan inginkan kesenangan dan kemewahan hidup yang sedia terhidang asal saja sanggup menyerahkan secebis hati..tapi entah jujur atau pun tidak....
No comments:
Post a Comment