Friday, February 18, 2011

ZuL.....

Zul dah lama kerja di Saudagar tika aku baru melangkah masuk...minggu pertama aku bekerja, Zul pulang ke kampung isterinya di Kedah satu family...masa tu aku pun tak mengerti..tak bertanya apa2 tentang Zul..masa tu Zul berumur 33 thn dan dah memiliki 2 anak...sebulan kemudian Zul balik semula ke Pahang dan aku mula melihat kelibat Zul....


Tiba2 aku menjadi mesra dengan Zul,sebagai pekerja lama, Zul banyak membantuku..tika aku ingin mengira stok basikal yang susunan hampir ke bumbung, dan susunan yang tak teratur,ntah apa2...aku kadang2 naik ke tingkat atas store..dan menekup muka,lantaran terlalu kecewa,tidak tahu ingin mula dari mana,...dan beban kerja itu terasa berat, tapi Zul banyak membantuku dan aku hanya menulis sahaja apa yang diberitahu oleh Zul..


Dan, Zul mengikut aje kemahuan ku, apa yang ku minta dan apa yang ku suruh dengan rela hati n tanpa bantahan walaupun untuk makan minumku...kerana itu lama-kelamaan kami sudah menjadi seperti adik-beradik.


Kekurangan yang ada pada Zul turut menjadi simpatiku..lama baru ku tahu yang dia terpaksa bekerja dulu di Kedah untuk menampung perbelanjaan pulang semula ke Pahang semasa dia pulang ke Kedah dulu..Sebab tu jika dia pulang ke Kedah,dia akan mengambil masa se bulan untuk mengumpul duit tambang.




Dari situ, aku banyak membantu bebanannya sekeluarga..kesakitannya turut terasa seperti dicubit juga....


Hidup Zul, umpama kais pagi makan pagi...hasil pendapatannya tidak mampu untuk menampung keluarga dan,emaknya ..makan minum serta rumah sewa. Lama begitu Zul mengambil keputusan berhenti keje dan balik ke Kedah untuk menoreh getah Mertuanya.


Semasa kat Kedah,ada dua tiga kali dia datang ke Pahang,iaitu ketika pembinaan jalan baru kat Temerloh, rumah sewanya dahulu terpaksa dirobohkan ,ketika itu barang2 zul masih ada di rumah itu, Zul balik untuk mengambil barang2nya untuk di hantar ke Kampung nya di Caruk Puting...kedah tu kampung halaman isterinya.


Selepas itu lama aku tidak menghubunginya, kesibukan  dan kealpaan ku menyebabkan aku melupai Zul sama sekali...


Tapi hari tu..perasaan rindu membuak2 pada Zul..dalam kesibukan kerja aku menghubungi Zul...
Panggilan aku disambut oleh isterinya..dia mengatakan zul sakit kerana tersepak akar2 getah yang besar...
kakinya bengkak dan dia sakit..aku hanya menyampaikan salam dan minta dia bersabar dengan ujian yang di beri oleh Tuhan. Aku buat begitu kerana tidak mahu mengganggu zul..padahal hatiku meruntun2 rindu untuk mendengar suaranya,,


Tak beberapa minit kemudian,aku menerima panggilan dari Zul..agaknya dia pun rindu dan tak tahan mendengar dari mulut isterinya yang aku telah mencari dia....dia mengadu segala kesakitan dan beban rasa yang di tanggung..apa daya aku, hanya boleh menasihatinya supaya bersabar dan berdoa kepada Allah..dan minta dia makan ubat dan berehat.


Hmmmm...Terkejut yang amat sangat, sekejap jer kemudian, isterinya menghubungi aku, menangis tersedu2
"""Kak, Zul dah tak ada..aaa..!!!!"
 Ya..Allah...inilah ertinya runtunan rindu yang membuak2...Dia pergi setelah aku dapat mendengar suara dan rintihannya...sekejap...sekejap sangatnya..rupanya inilah rasa yang hendak disampai Tuhan.


Hmmm...teringat aku dengan keletah nakalnya...bila aku memanggilnya..."Zullll....Zullllllllllllllllll....!!!"
Dia akan tergesa2 ke arah ku..."ya kakkk...Zoo mana??? Zoooo Melaka?? Zoooo. Taiping...????""
hai gelinya hati dengan telatahnya....


Sekarang..semua tinggal kenangan,tapi Tuhan sentiasa menitipkan insan2 yang baik dan berbudi luhur hidup di sisiku.Apa khabar isteri dan anak2nya di sana????


Buat allahyarham Zul...Alfatihah..semuga Rohmu dicucuri Allah serta ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

No comments:

Post a Comment