Wednesday, February 16, 2011

kering.....

hatiku kering sudah...hati dia, hati mereka..kau teman-temanku,
entah bahasa apa yang kau kutip dari kamus hatimu,sabar yang terlalu lama...sabar yang terlalu pahit..kau semua umpama malaikat yang turun ke bumi merebut hati seorang lelaki,....

Kau menangis di talian, aku hampa dan sakit mendengar tangisanmu...tapi untuk apa kau menangis,kerana itu adalah mahu mu sendiri, kau tidak mahu mengubah, kau leka dengan janji2 lelaki, kau digula-gulakan dengan "payung emas"...hmmm, kelembutan dan ketaatan mu di beli,dipijak2...kerana apa? kerana kau mahu kan sebuah syurga dari tapak kaki seorang suami.

Tika kau menderita, mengharap kepulangan seorang suami, dia berleka2 gembira...tika kau rasa perit, kau sangkakan itu adalah mainan hatimu...

dan kau menanti mainan itu selesai, dari hari ke sehari..hingga kering airmatamu, hingga tawar rasa manis harapmu...kau bercerita kisah yang sama pada ku,hari berganti hari,minggu berganti minggu,dan sampai tahun berganti tahun..kisahmu menjadi igauan ku,menambahkan kebencian ku....

tapi...kau semacam selesa dengan kehidupan mu, dan aku pula menjadi tempat kau melepaskan lelah hidupmu..beban yang kau beri padaku menghimpit hati dan perasaanku. entah bila kau mahu melepaskan siksa itu dan menolong diri sendiri,aku pun tak pasti... aku tidak mahu hidup seperti itu,dan aku simpati pada mu sehingga akhirnya aku menjadi sandaran, hmmm...terasa pilu...bila mengenangkan kisah hidupmu yang sebenarnya kau pilih sendiri.

kau berhak berlari jika kau mahu berlari...
kau berhak berjalan jika kau mahu berjalan...
kau yakinlah yang memberi kekuatan padamu adalah Tuhan..bukan dia.
Syurga dan neraka adalah urusan Allah..bukan dia.

Andai hatimu juga kering seperti aku
andai hatimu juga kering seperti teman2 yang lain...tak perlu kau mengharapkan hujan kasih dari seorang lelaki lagi kerana mungkin di hati kita sudah tiada ruang untuk itu...

Kering...tawar....kering..tawar....
khas untuk teman2 yang sama berkongsi kisah sukaduka kehidupan

No comments:

Post a Comment