Monday, May 23, 2011

Ayah kawen lagi

aku nak luahkan pasal duda2 tua yang nak kawen baru..dah lama aku pendamkan citer ni..dulu aku tengok ajer apa yg terjadi kat orang lain .ni tak termasuk lagi citer janda2 yang bertukar-tukar laki macam bertukar kain baju.ni banyak terjadi pada orang2 di sekeliling aku termasuklah sedara-mara dan kawan2...


Si duda tua yang kawen baru,kalo melayan bini baru memang kelas 5 bintang berbanding ngan bini lama yang dah arwah.masa si arwah ni hidup mereka hidup ala kadar, si suami menjaja ikan dan sayur dengan  motosikal. pada belakang motosikal di buat satu dinding besi tempat mengikat tong/bakul untuk meletak barang jualan...dia menjual di sebelah pagi...motosikal itu jugalah yang di gunakan untuk membonceng si arwah ni pada sebelah petang atau malam kalo hendak ke mana2 dengan membuka ikatan tong tersebut ,namun dinding besi itu  tetaplah teguh di belakang arwah,


hendak di jadikan citer, bila si arwah ni meninggal, si duda itu kawen baru, dengan motosikal itulah juga dia membawa bini barunya ke hulu ke hilir...mengalir airmata anak2 melihat yang dinding besi yang di bina di belakang motosikal tersebut telah dibuang, walopun ayah mereka masih lagi menjaja ikan dg motor tersebut.
dulu masa mak mereka membonceng motosikal tersebut, betapa sakitnya punggung belakang nya kerana berlaga2 dengan besi tersebut, tetapi apakan daya,kerana itu adalah sebahagian dari cara suaminya mencari rezeki,apakan daya juga, kalo si isteri yg lama..pantang komplen apa-apa...nak naik naiklah..taknak sudah...si isteri menerima saja apa adanya...rela dengan kesusahan yang di alami...


tup--tup..bila dapat bini baru, tahu pula si duda ni membuka dinding besi berkenaan,takut punggung belakang bininya sakit...kenapa dengan si arwah dulu..tak pernah pun tercalit perasaan belas kesian walo sedikit pun...
si arwah merintih dari dalam.......


ni citer lain pula..si duda ini juga kematian bini..masa hayat bininya ada,nampak memang a good couple..pasangan yang bahagia...dikurniakan 3 orang anak,sume lelaki...ditakdirkan bila arwah bininya meninggal..si duda kawen lain, bisness di jual, rumah pun di jual kepada anak sulung nya , dia mengikut isteri barunya balik kampung isteri barunya.sepatutnya rumah adalah hak anak2..tetapi dijualnya kepada anak...hiduplah 3 beradik ni...masa perkahwinan budak2 ni...cuma jiran tetangga ajer yang menguruskan....


ni kisah janda2 lak...kadang2 kita tak jujur kepada diri sendiri, misalnya janda2 yg nak berlawan dengan duda mereka.."kalo dia boleh berbini baru..knp aku tak boleh?"...masa tu dia dah tidak jujur dan tidak tahu apa tujuan hidup dia sebenar...hidup hanya nak menunjuk2 kepada orang yang sahamnya masih tinggi tetapi realitinya dia merosakkan masa depan sendiri.


"kak, ok tak kalo saya jadi bini no.4....tak kisah...bab sume bini dia bekerja..ada cikgu..ada jururawat? tanya seorang janda kepada aku...
""tepuk dada tanya selera lah...maksudnya awakpun cari makan sendiri untuk hidup awak..pas tu awak kawen utk apa?"
masalahnya sijanda ni mudah terlentuk hanya kerana pujian lelaki...kenapa dia jadi janda dulu? tak serik2 ke..nilah yang aku nak katakan si bodoh2 alang...keluar mulut rimau masuk mulut buaya....kawen kerana galak tak kemana2 sudahnya....


ada jugak janda yang galak menjadi pancingan lelaki muda yang hendak kan duitnya...sijanda yang jenis LEBIHKURANG..cantiknya tak sebagaimana.lawanya tak seberapa....kalo dapat lelaki yang pandai memuji..cair habis...habis gak duit gajinya..malah duit dalam bank pun....


lagi janda yang terlalu nak kan standard..dapatlah kawen ngan pengurus felda..tiap2 hari pakai seluar putih tiga suku mcm nak pergi main golf..sudahnya aku tengok angkat meja duk depan kedai TOTO..habis gak duit sijanda ni di tipunya dek penangan nombor TOTO ni.....


ada lagi janda tua,masih nak berkawen dg alasan "nak cari teman pergi masjid" emm tak masuk akal betul..kalo nak buat ibadah tu lagi senang kalo hidup seorang..x banyak dugaan n dosanya..dh lama hidup menjanda, tak pasal2 dibenci dan dibuang anak cucu lantaran kawen lain.lagipun dah tua2 buat apa nak cari beban masak makan minum,nak basuh baju suami dan kalo sakit nak jaga kencing berak dia.. anak2 siduda itu memang merestui bapa mereka kawen sebab nak lepaskan beban mereka menjaga kencing berak bapa dia...si janda ni punyalah terharunya dengan restu si anak2 duda tersebut...betapa bodohnya dia kalo menerima perkahwinan yang sebenarnya beban kepadanya. bagi aku lebih baik dia menjaga anak cucunya dan menjaga darah daging sendiri daripada menghadapi kerenah keluarga baru..sebab sijanda tersebut telah tua.




emmm..tapi yg aku paling sedih, kalo bini tengah sakit kena strok..si suami dah kawen baru,bawa lak balik duk sekali seolah2 nak tunjuk ke orang ramai yg dia n bini mudanya tu baik boleh menjaga dan merawat si isteri tua...kesian..siisteri..dahlah kena strok...mereka bermesra di depan mata..,dia macam bangkai bernyawa...bukan makin sihat...makin sakit adalah...perasaan seorang isteri sukar difahami bila suaminya dipunyai oleh orang lain apatah lagi 24 jam di depan mata.batinnnya tersiksa..jiwanya merintih....


yang menjadi duda tu, tak payahlah nak berlagak sangat, nak tunjuk macho n masih sihat,masih kuat bertenaga....kail sejengkal janganlah lautan nak diduga...kalo ada anak2..jagalah anak2 dulu...jalankan tanggung-jawab dan amanah keluarga.sebagai ketua keluarga segala kepincangan rumahtangga tidak kira bermula dari siapa,sedikit sebanyak anda juga menyumbang sebabnya.


yang janda pun macam tu..lantaran kesunyian, jangan pula mudah termakan pujian lelaki...pikirkan kebaikan dan kesudahan hidup kita...

Sunday, May 22, 2011

balik kampung...kenduri kawen eno...

wow bestnya nak balik kampung...keje kena update dulu..my boss T.pun  sibuk menghabiskan sales nya supaya boleh ganti aku stay kat kedai..mulanya my boss A nk ikut aku balik...suruh aku booking hotel tapi..aku rasa tak boleh coz tak cukup kakitangan kat store..so aku agak dia kena turun padang...


banyak lagi keje yg x siap...tapi very2 heppy...best....baju untuk kenduri rumah pihak perempuan dah ada,untuk rumah lelaki belum lagi....baju baru banyak yg x pakai lagi..cuma temanya yg tak kena..yg kena ngan tema aku.dah pakai...ummp..mcm artis lak..takleh pakai 2 kali...


emmm..pada pasangan yg nak naik pelamin tu mungkin debaran kian deras terasa..aku berdoa agar semua nya berjalan dengan lancar dan direstui Allah....

Saturday, May 21, 2011

frust

sejak kebelakangan ini banyak saja perkara yg tidak beres berlaku, mengharapkan pagar..pagar makan padi.. duduk jauh memancarkan keharuman dan kemanisan tetapi bila berdekatan..segala bau datang..segala rasa  hampir..rasa loya, hanyir n busuk....emmm...busuk hati..dengki khianat....


satu team menjadi kucar-kacir..sepakat yg di harap..berkerat rotan yg dapat..sudah tiada sikap tolak ansur, timbang rasa dan berlebih kurang.....


bercakap saja yg pandai...."kalo aku..............................." mesti start ngan kalo aku dulu....bab dia rasa dia ajer le yg betul....orang lain semuanya salah..kalo bab komen-mengomen..kritik mengkritik memang hebat..acu try buat baru tahu kukuh tak kukuhnya bahu yang memikul....bercakap tak pakai insuran, tak pakai deposit...kalo kena pakai deposit..pikir 2 kali nak kata sesuatu....


kadang2 aku pelik ngan orang ni...dia sendiri tak mahu buat sesuatu yg baru, tetapi bila kita mulakan dia mencemuh,mencaci dan bila hasilnya positif ,dia akan dengki dan khianat.


ada gak orang yang ingin menikmati hasil dari jerih payah yg membebankan orang lain, contoh A..keluar dari Syarikat BB kerana merasa frust tiada kenaikan gaji,kerja amat membebankan lalu mencari altenatif lain dengan menukar kerja,C pula dalam kepayahan terpaksa mengambil alih tempat A..terpaksa menanggung beban yang ditinggalkan oleh A walaupun tidak diberi habuan dengan kadar gaji A,namun atas rasa tanggung jawab melebihi sempadan  C menjalankan amanah syarikat dengan penuh dedikasi. A dulu menjalankan tanggungjawabnya dengan bayaran gaji sebagai tukaran, namun bagi C gaji,,gaji juga tetapi kerja adalah satu ibadat,satu tanggung jawab yang di beri pahala besar oleh Allah...sebagai muslim C memang jauh berbeza dengan A yang berugama kristian.Bagi A hidup adalah untuk diri sendiri sahaja..A menganut agama kristian kerana inginkan kos yang murah dalam urusan kematian, tetapi menolak untuk pergi ke church kerana ada sebahagian peratusan daripada gaji penganut harus di serahkan kepada church,jadi A memang tidak rela dan dia seolah2 hilang identiti untuk meletakkan diri dia di suatu tempat yg sewajarnya..ini kerana A tidak pernah ada kejujuran dalam kehidupannya.


C pula memandang jauh ke depan, bersabar dan redha atas apa ketentuan Allah, namun apabila dia meniti kepayahan hidup dan bangun berusaha,apa yang digenggam tidak mudah pula dilepaskan....


C meletakkan segala rasa sebagai cagaran hidup..siapa tahu esok bagaimana? namun C merasakan sesuatu hal yang baik harus dibereskan hari ini dan segala hal yang buruk harus diubah dan dibersihkan hari ini juga..esok adalah rentetan hari ini dan jika kita berusaha dan bertawakkal kepada Allah,nescaya Allah kabulkan doa kita.C berhak untuk mengharap dan menggambarkan yang indah2 lantaran usaha dan kerja keras yang dilakukannya, C juga berhak menangis dan rawan andainya ada terselit rasa duka, beban yang tak tergalas dan ada pihak yang ingin menangguk ikan di air keruh....


Frust...sesuatu yg tak terduga datang...4 tahun A keluar dari syarikat BB...dia merasa cemburu dengan apa yang didapati oleh C...kepercayaan,habuan dan kesenangan C yang nampak dengan mata kasar...Syarikat BB bertambah maju...A meracuni jiwa banyak orang...mencucuk sana sini....ingin masuk semula ke syarikat BB namun di pandang remeh oleh Syarikat BB...


Namun...di sangka panas hingga ke petang..rupanya hujan di tengah hari...akibat kekurangan pekerja,syarikat BB terpaksa mengambil juga A sebagai pekerja dengan habuan yang sama...A meminta segala kemudahan dan kemewahan sebagai syarat seperti kereta dll...namun semua ini dibangkang keras oleh pekerja2 lain yg lama duduk di bawah bumbung syarikat BB...knp dia mahu kemudahan itu???..dia meninggalkan syarikat ...pekerja2 lain terpaksa bertungkus lumus menaikkan dan memajukan syarikat..bila syarikat mendapat untung ..A datang untuk mengautnya..sungguh menjijikan...inilah sikap manusia yang busuk dan buruk perangai...


sebulan A menjalankan tugasnya..ada saja kerenahnya untuk membuat team berpecah belah...apa yg paling disakitinya ialah kedudukan C yang amat istimewa...perasaan dengki n khianatnya Allah saja yang tahu...namun kejujuran terletak jauh nun di lubuk hati...siapa pun x mampu untuk menyembunyikannya..walaupun di sembunyi..akhirnya terburai juga....sebulan A sudah tidak tahan lagi untuk terus duduk di bawah bumbung syarikat BB,kerana hatinya tidak pernah jujur..lalu dia pun mengambil keputusan untuk keluar dari Syarikat BB.....Frustlah syarikat BB dan segala isinya kerana rasa dipermainkan..diperlekehkan oleh manusia2 berjiwa kering seperti A.....


Sekarang Frust siapa yang perlu dipertikaikan....frust A kerana ketidakjujurannya...ke mana-mana pun dia pergi dia tidak akan mendapat tempat yg selayaknya kerana dia tidak pernah jujur kepada diri sendiri dan pihak ke2..ke3.....seterusnya...


Frust C : C berhak merasa frust kerana dia bukan memandang sesuatu itu atas diri dia sendiri...dia memandang atas syarikat BB..dia juga memandang atas diri A..dia frust kenapa A tidak ada satu sifat jati diri dan rasa menyayangi,berkorban....kenapa sikap mementing diri terlalu besar ada dalam dirinya...kenapa dia tidak rasa kebahagiaan pihak lain menyumbang kebahagiaan untuk dirinya juga...knp dia tidak merasakan..senyuman darinya akan menjadikan orang lain ikut tersenyum dan membiaskan kembali kepadanya????


Frust Syarikat BB: syarikat BB juga berhak merasa frust kerana mempunyai pekerja yang kurang berkorban n berusaha sedangkan mahu mengharapkan habuan yang lebih dalam sekelip mata..pekerja yang demand lantaran ketiadaan pekerja seperti menahan lukah di pergentian...itulah masalah yang sering dihadapi oleh pengusaha.sbb tu sekarang kenapa ramai pengusaha mengambil tenaga asing untuk memenuhi sektor2 pekerjaan kerana pekerja2 tempatan selesa dengan "hujan batu di negeri sendiri"...tetapi malas,demand dan bersenang lenang seolah2 hujan emas pula....mengharapkan emas....mengharapkan yang elok2 saja...

doa dan berperasangka baik pada Allah...

aku pernah berada dalam saat2 pahit dan getir..apa yang aku harapkan adalah sesuatu keajaiban yang akan terjadi esok...aku tidak memohon dan meminta tetapi aku yakin yang Allah akan mengakbulkan permintaan aku...aku katakan pada diri.."Allah pasti menolong aku"....setiap waktu ada saja kesukaran yang aku alami dan itu saja yang menjadi arah dan kiblatku...


ada saja surat2 layan yang aku terima, entah dari siapa tiada bernama dan beralamat..untuk apa dan kenapa dia berbuat begitu, aku pun tak tahu.,dalam diam dia menyimpan dendam...tapi mahu aku mengetahui dan seolah2 ingin mendera perasaan aku....


"bersedialah anda untuk mengadap perkara2 yg tidak anda ingini, akhirnya anda akan sentiasa merasa baik"


selepas itu aku baik2 saja..tidak terkurangpun segala kehidupan kita kerana dengki khianat orang lain,tidak terkurang pun segala pahala amalan kita kerana yg memberi itu adalah allah bukan manusia,tidak terkurang pun kesihatan kita,tidak tersusut pun hayat di badan...melainkan kita sendiri yang lalai...


Jujur kepada diri sendiri adalah keajaiban seakan cahaya lilin yang menyinari dari dalam..apabila kecintaan jujur maka semua akan terasa mudah,dan semua yang ada di atas tanah akan kembali menjadi tanah...Ya Allah ya Rabbi...kalau liang lahad itu tempat istirehat bagi kami...kau luaskan lah sejauh mana luasnya kasih sayang mu..sifat keampunan mu...kami yg tidak mengerti tentang kesilapan kami yg terang dan tersembunyi....kau jadikan kami orang2 yg beruntung yang mati dalam kebaikan dan keimanan.


Pada Allah jualah kebahagiaan yg dipinta,rezeki dan kebaikan diharapkan,insyaalah,kedudukan ini akan menjadi jaminan dalam menghadapi hari yang penuh berkah dan manafaat,


kepada keluarga,sahabat dan teman2 yang membaca ruangan ini, aku doakan agar anda di lindungi Allah .
Kita tidak mampu mengubah masa lalu dan kita tak semestinya berjaya mendapatkan masa depan sebagaimana yg kita rancangakan,oleh yg demikian..tiada gunanya kita menjerumuskan diri dalam kekecewaan lantaran sesuatu yg kita sendiri tidak mampu mengubah serta mencapainya.Allah itu akan melindungi kita serta mencukupkan atas dasar keperluan dan kemampuan kita.berapa banyak kesulitan mendatangi kita tetapi kerana adanya ZAT Allah...maka semua perkara yang sulit menjadi mudah..jadilah kita antara orang2 yg paling berbahagia di dunia dan akhirat...amin.