Monday, May 23, 2011

Ayah kawen lagi

aku nak luahkan pasal duda2 tua yang nak kawen baru..dah lama aku pendamkan citer ni..dulu aku tengok ajer apa yg terjadi kat orang lain .ni tak termasuk lagi citer janda2 yang bertukar-tukar laki macam bertukar kain baju.ni banyak terjadi pada orang2 di sekeliling aku termasuklah sedara-mara dan kawan2...


Si duda tua yang kawen baru,kalo melayan bini baru memang kelas 5 bintang berbanding ngan bini lama yang dah arwah.masa si arwah ni hidup mereka hidup ala kadar, si suami menjaja ikan dan sayur dengan  motosikal. pada belakang motosikal di buat satu dinding besi tempat mengikat tong/bakul untuk meletak barang jualan...dia menjual di sebelah pagi...motosikal itu jugalah yang di gunakan untuk membonceng si arwah ni pada sebelah petang atau malam kalo hendak ke mana2 dengan membuka ikatan tong tersebut ,namun dinding besi itu  tetaplah teguh di belakang arwah,


hendak di jadikan citer, bila si arwah ni meninggal, si duda itu kawen baru, dengan motosikal itulah juga dia membawa bini barunya ke hulu ke hilir...mengalir airmata anak2 melihat yang dinding besi yang di bina di belakang motosikal tersebut telah dibuang, walopun ayah mereka masih lagi menjaja ikan dg motor tersebut.
dulu masa mak mereka membonceng motosikal tersebut, betapa sakitnya punggung belakang nya kerana berlaga2 dengan besi tersebut, tetapi apakan daya,kerana itu adalah sebahagian dari cara suaminya mencari rezeki,apakan daya juga, kalo si isteri yg lama..pantang komplen apa-apa...nak naik naiklah..taknak sudah...si isteri menerima saja apa adanya...rela dengan kesusahan yang di alami...


tup--tup..bila dapat bini baru, tahu pula si duda ni membuka dinding besi berkenaan,takut punggung belakang bininya sakit...kenapa dengan si arwah dulu..tak pernah pun tercalit perasaan belas kesian walo sedikit pun...
si arwah merintih dari dalam.......


ni citer lain pula..si duda ini juga kematian bini..masa hayat bininya ada,nampak memang a good couple..pasangan yang bahagia...dikurniakan 3 orang anak,sume lelaki...ditakdirkan bila arwah bininya meninggal..si duda kawen lain, bisness di jual, rumah pun di jual kepada anak sulung nya , dia mengikut isteri barunya balik kampung isteri barunya.sepatutnya rumah adalah hak anak2..tetapi dijualnya kepada anak...hiduplah 3 beradik ni...masa perkahwinan budak2 ni...cuma jiran tetangga ajer yang menguruskan....


ni kisah janda2 lak...kadang2 kita tak jujur kepada diri sendiri, misalnya janda2 yg nak berlawan dengan duda mereka.."kalo dia boleh berbini baru..knp aku tak boleh?"...masa tu dia dah tidak jujur dan tidak tahu apa tujuan hidup dia sebenar...hidup hanya nak menunjuk2 kepada orang yang sahamnya masih tinggi tetapi realitinya dia merosakkan masa depan sendiri.


"kak, ok tak kalo saya jadi bini no.4....tak kisah...bab sume bini dia bekerja..ada cikgu..ada jururawat? tanya seorang janda kepada aku...
""tepuk dada tanya selera lah...maksudnya awakpun cari makan sendiri untuk hidup awak..pas tu awak kawen utk apa?"
masalahnya sijanda ni mudah terlentuk hanya kerana pujian lelaki...kenapa dia jadi janda dulu? tak serik2 ke..nilah yang aku nak katakan si bodoh2 alang...keluar mulut rimau masuk mulut buaya....kawen kerana galak tak kemana2 sudahnya....


ada jugak janda yang galak menjadi pancingan lelaki muda yang hendak kan duitnya...sijanda yang jenis LEBIHKURANG..cantiknya tak sebagaimana.lawanya tak seberapa....kalo dapat lelaki yang pandai memuji..cair habis...habis gak duit gajinya..malah duit dalam bank pun....


lagi janda yang terlalu nak kan standard..dapatlah kawen ngan pengurus felda..tiap2 hari pakai seluar putih tiga suku mcm nak pergi main golf..sudahnya aku tengok angkat meja duk depan kedai TOTO..habis gak duit sijanda ni di tipunya dek penangan nombor TOTO ni.....


ada lagi janda tua,masih nak berkawen dg alasan "nak cari teman pergi masjid" emm tak masuk akal betul..kalo nak buat ibadah tu lagi senang kalo hidup seorang..x banyak dugaan n dosanya..dh lama hidup menjanda, tak pasal2 dibenci dan dibuang anak cucu lantaran kawen lain.lagipun dah tua2 buat apa nak cari beban masak makan minum,nak basuh baju suami dan kalo sakit nak jaga kencing berak dia.. anak2 siduda itu memang merestui bapa mereka kawen sebab nak lepaskan beban mereka menjaga kencing berak bapa dia...si janda ni punyalah terharunya dengan restu si anak2 duda tersebut...betapa bodohnya dia kalo menerima perkahwinan yang sebenarnya beban kepadanya. bagi aku lebih baik dia menjaga anak cucunya dan menjaga darah daging sendiri daripada menghadapi kerenah keluarga baru..sebab sijanda tersebut telah tua.




emmm..tapi yg aku paling sedih, kalo bini tengah sakit kena strok..si suami dah kawen baru,bawa lak balik duk sekali seolah2 nak tunjuk ke orang ramai yg dia n bini mudanya tu baik boleh menjaga dan merawat si isteri tua...kesian..siisteri..dahlah kena strok...mereka bermesra di depan mata..,dia macam bangkai bernyawa...bukan makin sihat...makin sakit adalah...perasaan seorang isteri sukar difahami bila suaminya dipunyai oleh orang lain apatah lagi 24 jam di depan mata.batinnnya tersiksa..jiwanya merintih....


yang menjadi duda tu, tak payahlah nak berlagak sangat, nak tunjuk macho n masih sihat,masih kuat bertenaga....kail sejengkal janganlah lautan nak diduga...kalo ada anak2..jagalah anak2 dulu...jalankan tanggung-jawab dan amanah keluarga.sebagai ketua keluarga segala kepincangan rumahtangga tidak kira bermula dari siapa,sedikit sebanyak anda juga menyumbang sebabnya.


yang janda pun macam tu..lantaran kesunyian, jangan pula mudah termakan pujian lelaki...pikirkan kebaikan dan kesudahan hidup kita...

No comments:

Post a Comment