satu team menjadi kucar-kacir..sepakat yg di harap..berkerat rotan yg dapat..sudah tiada sikap tolak ansur, timbang rasa dan berlebih kurang.....
bercakap saja yg pandai...."kalo aku..............................." mesti start ngan kalo aku dulu....bab dia rasa dia ajer le yg betul....orang lain semuanya salah..kalo bab komen-mengomen..kritik mengkritik memang hebat..acu try buat baru tahu kukuh tak kukuhnya bahu yang memikul....bercakap tak pakai insuran, tak pakai deposit...kalo kena pakai deposit..pikir 2 kali nak kata sesuatu....
kadang2 aku pelik ngan orang ni...dia sendiri tak mahu buat sesuatu yg baru, tetapi bila kita mulakan dia mencemuh,mencaci dan bila hasilnya positif ,dia akan dengki dan khianat.
ada gak orang yang ingin menikmati hasil dari jerih payah yg membebankan orang lain, contoh A..keluar dari Syarikat BB kerana merasa frust tiada kenaikan gaji,kerja amat membebankan lalu mencari altenatif lain dengan menukar kerja,C pula dalam kepayahan terpaksa mengambil alih tempat A..terpaksa menanggung beban yang ditinggalkan oleh A walaupun tidak diberi habuan dengan kadar gaji A,namun atas rasa tanggung jawab melebihi sempadan C menjalankan amanah syarikat dengan penuh dedikasi. A dulu menjalankan tanggungjawabnya dengan bayaran gaji sebagai tukaran, namun bagi C gaji,,gaji juga tetapi kerja adalah satu ibadat,satu tanggung jawab yang di beri pahala besar oleh Allah...sebagai muslim C memang jauh berbeza dengan A yang berugama kristian.Bagi A hidup adalah untuk diri sendiri sahaja..A menganut agama kristian kerana inginkan kos yang murah dalam urusan kematian, tetapi menolak untuk pergi ke church kerana ada sebahagian peratusan daripada gaji penganut harus di serahkan kepada church,jadi A memang tidak rela dan dia seolah2 hilang identiti untuk meletakkan diri dia di suatu tempat yg sewajarnya..ini kerana A tidak pernah ada kejujuran dalam kehidupannya.
C pula memandang jauh ke depan, bersabar dan redha atas apa ketentuan Allah, namun apabila dia meniti kepayahan hidup dan bangun berusaha,apa yang digenggam tidak mudah pula dilepaskan....
C meletakkan segala rasa sebagai cagaran hidup..siapa tahu esok bagaimana? namun C merasakan sesuatu hal yang baik harus dibereskan hari ini dan segala hal yang buruk harus diubah dan dibersihkan hari ini juga..esok adalah rentetan hari ini dan jika kita berusaha dan bertawakkal kepada Allah,nescaya Allah kabulkan doa kita.C berhak untuk mengharap dan menggambarkan yang indah2 lantaran usaha dan kerja keras yang dilakukannya, C juga berhak menangis dan rawan andainya ada terselit rasa duka, beban yang tak tergalas dan ada pihak yang ingin menangguk ikan di air keruh....
Frust...sesuatu yg tak terduga datang...4 tahun A keluar dari syarikat BB...dia merasa cemburu dengan apa yang didapati oleh C...kepercayaan,habuan dan kesenangan C yang nampak dengan mata kasar...Syarikat BB bertambah maju...A meracuni jiwa banyak orang...mencucuk sana sini....ingin masuk semula ke syarikat BB namun di pandang remeh oleh Syarikat BB...
Namun...di sangka panas hingga ke petang..rupanya hujan di tengah hari...akibat kekurangan pekerja,syarikat BB terpaksa mengambil juga A sebagai pekerja dengan habuan yang sama...A meminta segala kemudahan dan kemewahan sebagai syarat seperti kereta dll...namun semua ini dibangkang keras oleh pekerja2 lain yg lama duduk di bawah bumbung syarikat BB...knp dia mahu kemudahan itu???..dia meninggalkan syarikat ...pekerja2 lain terpaksa bertungkus lumus menaikkan dan memajukan syarikat..bila syarikat mendapat untung ..A datang untuk mengautnya..sungguh menjijikan...inilah sikap manusia yang busuk dan buruk perangai...
sebulan A menjalankan tugasnya..ada saja kerenahnya untuk membuat team berpecah belah...apa yg paling disakitinya ialah kedudukan C yang amat istimewa...perasaan dengki n khianatnya Allah saja yang tahu...namun kejujuran terletak jauh nun di lubuk hati...siapa pun x mampu untuk menyembunyikannya..walaupun di sembunyi..akhirnya terburai juga....sebulan A sudah tidak tahan lagi untuk terus duduk di bawah bumbung syarikat BB,kerana hatinya tidak pernah jujur..lalu dia pun mengambil keputusan untuk keluar dari Syarikat BB.....Frustlah syarikat BB dan segala isinya kerana rasa dipermainkan..diperlekehkan oleh manusia2 berjiwa kering seperti A.....
Sekarang Frust siapa yang perlu dipertikaikan....frust A kerana ketidakjujurannya...ke mana-mana pun dia pergi dia tidak akan mendapat tempat yg selayaknya kerana dia tidak pernah jujur kepada diri sendiri dan pihak ke2..ke3.....seterusnya...
Frust C : C berhak merasa frust kerana dia bukan memandang sesuatu itu atas diri dia sendiri...dia memandang atas syarikat BB..dia juga memandang atas diri A..dia frust kenapa A tidak ada satu sifat jati diri dan rasa menyayangi,berkorban....kenapa sikap mementing diri terlalu besar ada dalam dirinya...kenapa dia tidak rasa kebahagiaan pihak lain menyumbang kebahagiaan untuk dirinya juga...knp dia tidak merasakan..senyuman darinya akan menjadikan orang lain ikut tersenyum dan membiaskan kembali kepadanya????
Frust Syarikat BB: syarikat BB juga berhak merasa frust kerana mempunyai pekerja yang kurang berkorban n berusaha sedangkan mahu mengharapkan habuan yang lebih dalam sekelip mata..pekerja yang demand lantaran ketiadaan pekerja seperti menahan lukah di pergentian...itulah masalah yang sering dihadapi oleh pengusaha.sbb tu sekarang kenapa ramai pengusaha mengambil tenaga asing untuk memenuhi sektor2 pekerjaan kerana pekerja2 tempatan selesa dengan "hujan batu di negeri sendiri"...tetapi malas,demand dan bersenang lenang seolah2 hujan emas pula....mengharapkan emas....mengharapkan yang elok2 saja...
as salam
ReplyDeletebegitu bermakna....