Kegiatan harian wan kami..secara otomatik menjadi kegiatan kami...kami ni dah jadi PA dia...dulu wan kami pernah memerangkap burung "cap puling" burung ni boleh di makan..warnanya hitam.kami tak tau lah dalam bahasa standard atau bahasa saitifik nya aper..tapi wan kami menyebutnya burung "cap puling" orang kg wakaf Mek Zainab pun sume sebut begitu.Wan buat sebuah sarang besar sebagai perangkap dan letak atas pokok "kucil"..mungkin pokok "guchil" kut..
bila dia letak pagi..petang sarang itu sudah dipenuhi burung tersebut..so malam tu kami berlaukkan burung.. sekarang aku memang enak makan lauk puyuh goreng, aku ambik masa seharian makan burung tersebut..menghayati seolah2 aku makan burung yang wan aku sembelih dan mak aku goreng...best giler...
sebut pasal daging burung..tu tak termasuk lagi burung "ruak".....isshh..lapar lak rasa... sambung esok lak...
Ok...aku nak citer psl burung hantu...burung hantu ni satu geng nga kera tu...dua2 ni bertindak bagai announcement
untuk kami..maklumlah sekeliling rumah kami ketika itu semak samun..kera yang duduk di atas pokok bising dan melompat2 suka,begitu juga dengan burung hantu tu yang duduk tinggi di atas pokok..mereka berdua berteriak bising..itu tandanya mak kami pulang dari pasar...mereka berdua gembira menanti mak balik sebab masing2 dapat habuannya...kera akan mendapat kuih,dan burung hantu pula akan bersabar tunggu di tepi tangga bahagian dapur rumah menanti perut ikan dan kepala2 ikan bila mak kami bersiang ikan...
So..kalau mereka berbunyi bising,kami tahulah mak sudah balik dari pasar..kami yang leka bermain akan lari pulang ke rumah ...kami juga akan mendapat habuan kuih-muih dan kadang2 limau, tapai, ubi keling,kacang rebus..dan macam2 lagi...kadang2 kami bermain benda2 yang akan membuatkan mak marah kepada kami..so bila dah dengar siren dari kera dan burung hantu tu..kami cepat2 mengemas apa yang patut.
Burung hantu ni memang garang dengan orang yang tidak dikenali..tetapi dengan kami dia OK jer...pernah ada orang yang lalu depan rumah kami,kepala orang tu disewah dengan kuku kaki nya yang tajam..hingga berdarah kepala orang tu berhampiran dengan telinga.....
Yang paling aku ingat lagi ialah bila wan kami menangkap biawak.oleh kerana rumah kami dekat dengan paya, ayam2 kami dan telor selalu dimakan biawak. wan kami membeli belacan agak banyak dan mencari batu2 bukit. batu2 bukit itu wan kami gaulkan dengan belacan2 berkenaan...bau belacan itu menyengat dan baunya seakan bangkai...batu2 yang digaulkan dengan belacan itu ditingglkan bertambun kat reban ayam...besoknya seekor biawak besar terlentang kat situ...biawak itu menelan batu2 tersebut dengan lahapnya...sampaikan dia x boleh nak bergerak kerana dalam perutnya adalah batu2 bukit.
Musim tengkujuh memang mendatangkan rezeki kepada kami..apa tak nya ikan2 sungai semua turun ke paya-paya,ke parit2. sebelum hujan tiba wan kami telah membuat serkap dan bubu dari buluh.bermula dari menebang buluh di belakang rumah kami,membelah dan meraut..semuanya aku ikuti..dan aku rasa semuanya aku tahu membuatnya.Bubu itu di tahan dekat laluan air..ada peribahasa mengatakan "menahan lukah di pergentian"..hahhaa..bubu tu lukah lah...
wan kami juga memasang pukat di dalam sungai,dia tahan waktu malam,dan keesokan hari barulah dia pergi melihat hasilnya...wan kami jua memasang kail2 .kami panggil "tahan taut" mengikat tali kail dengan umpan cacing diikat dengan batang salak..kemudian dipacak-pacakkan ditebing2 paya....dan waktu siang wan kami menjahit pukat2 tu yang koyak di langgar ikan...hehehe bestnya bila kami mendapat ikan haruan sebesar betis... lupa dah nama2 ikan lain..ikan toman...ikan baung...
wan kami pandai membuat perahu,sebelum musim tengkujuh tiba wan telah membuat perahu,mula2 wan membuat rangka dulu...besar di tengah dan kecik di ujung...lepas tu papan tu dikepit dlm keadaan begitu dengan agak lama sehingga papan dinding perahu tu sebati melentuk begitu...wan membuat perahu dari mula sehinggalah peringkat menenggalakan perahu berkenaan...pas tu mengecat....lepas tu setiap tahun..jika perahu tu ok lagi..wan hanya followup dengan menenggalakan perahu agar dia tidak bocor dimasuki air....aku suka bau "tenggala" perahu tu....
No comments:
Post a Comment