kenangan masa kecil banyak merampas kebahagiaan aku sekarang,yang pasti kenangan dulu mengganggu tidurku...ku masih terasa hening dan gembiranya tika itu.Belakang rumah kami ada sebuah paya, tika musim hujan,airnya deras tetapi tika kemarau tempat tu mcm sebuah taman tempat kami adik beradik bermain...rumput yang halus...bau nya terasa harum,kami selalu anggap yg rumput tu adalah bihun (kami panggil mi saja) tika kami main masak2.tebing sebelah rumah
kami terasa jauh dengan tebing sebelah sana sebab masa tu kami masih kanak2..seekor kerbau jantan yang tanduknya begitu runcing di tambat di situ,kerbau itu sering dilaga kan di siam..entah milik sapa..aku dh lupa...kami sangat takut,tapi dalam takut2 pun kami bermain juga di situ,kami turun dari tebing rumah kami,berlari ke tebing sebelah sana..apalagi kalau kami memakai baju merah...berlari2 kononnya kerbau marah tengok orang pakai baju merah..tapi kerbau jantan tu tak der masa nak layan kami...agaknya kami syok sendiri kut...
Kadang-kadang kami menangkap belalang untuk di beri makan burung peliharaan kami...gatalnya betis kami kerana peluh mengalir dan gatal kerana bermain atas rumput2...tapi kami tak kisah..makin hari menjelang petang..kami makin seronok..kadang2 kami terasa waktu begitu cemburu dengan kami...masa tu kami terpaksa berlari pulang untuk mandi kalau tidak mesti dipulas telinga oleh kakak2 kami....
Jika kemarau yang teramat sangat,tanah2 paya itu merekah2...kami jadikan kuih2 masa main masak2...bentuknya mcm bingka gandum.tempat bermain kami ikut musim...kadang2 kami selesa di sini..kadang2 di tempat lain pula... walaupun kami hidup di bandar tapi keaslian semak2 yang tertinggal di pinggir2 bandar masih ada.
Setiap hari kami bermain di tepi2 semak...ada mcm2 buah..ada terajam,larak biasa,larak sisik kerbau,mata ayam,samak, kerian (yg ni ada kat padang2)..di tepi rumah kami ada jambu batu yang bermacam2 bentuk..ada bentuk pear yang isinya merah dan putih, jambu besar, jambu yang betul2 asli dan baunya sungguh wangi...
Masa tu kami memang lasak (walau pun perempuan)yang paling kami suka panjat adalah jambu, dahan jambu liat dan tidak mudah patah.Kami panjat pokok jambu dari batangnya tetapi pergi ke dahan yg paling atas...dan bila dahan tu melentuk ke tanah...kami terus turun dari hujung dahan tersebut dan melepaskan dahan itu membidas ke atas...yang aku rasa..pokok jambu tu dah sebati dengan kami,rela melayan kerenah kami,sporting...dan berjiwa keibuan...
Yang paling nakal..apabila kami menggigit buah2 jambu sedikit dari tangkai2 buah dan tinggalkan begitu saja di atas pokok...itu tandanya kami "booking" kerana bila dan ada kesan gigitan,orang lain pun tak akan ambil.
Selalunya hari kami tak sekolah,kami akan duduk di tangga rumah, apa yang kami sakit hati adalah jika kami ternampak buah2 rambutan..atau buah2 lain yang jatuh di depan2 rumah yang diterbangkan oleh kelawar atau keluang di waktu malam.huuuhh..bestnya jadi kelawar nga keluang..tupai...sbb dapat makan buah2 yang lazat2....
sebelah kiri rumah kami ada tanah yang luas di pajak oleh ayah ...hmmm tak sdp lah sebut ayah..sbb kami panggil wan.
tanah kami pulak di sebelah kanan rmh kami,tanah kami adalah tanah sawah,tetapi tanah yg wan kami pajak itu adalah tanah kebun..time wan kami menebas semak2..mengambil masa seminggu,tiap2 pagi kami tengok dia asah parang kat telaga....time dia menyuruh "kera" kami memetik kelapa..kami pun terpaksa mengutip kelapa dan mengira...(kami juga membela seekor kera..tapi kera ni garang dan tidak mesra alam/mesra pelanggan.. sentiasa di ikat di pokok).so kami ni jenis "on call"...bermain dalam bertugas...sambil bermain kami bekerja...tika wan kami memetik jering..kami pun terpaksa memungut dan mengira jering...hmmmm....anak2 kami sekarang tak mungkin merasa pengalaman kami.
Di situ juga ada pokok buah-buahan.ada duku,langsat,rambutan,keriat,rambai (besar sangat2)...dan depan tangga kami ada bacang,pauh pedayan dan belakang rumah ada kuini...bestnya masa tu....
No comments:
Post a Comment