Sunday, November 25, 2012

beruk Matyeh (bahagian 2)

Senja khamis...aku telah menerima hukuman, aku telah diikat pada sebatang pokok jering di tepi rumah, ketika laungan azan maghrib, aku tidak lagi dapat melihat mereka mendirikan saf..aku tak dapat lagi melihat meraka membaca yassin..cuma kedengaran berbalam-balam, antara bunyi cengkerik malam, bunyi katak2 yang menanti hujan...ruginya seekor beruk sepertiku yang selama ini segala-galanya ada didepanku dan aku dididik seperti itu.

dua tiga kali aku terbersin, mungkin aku tak biasa dengan kedinginan malam, ahh..nyamuk.."sioott...sioottt"....sampai hati Matyeh...dia tak dengar kah aku terbersin???

tiba-tiba..cahaya lampu dari sebuah teksi terpancar, dan tiba-tiba juga ia berhenti di tepi jalan , dan tak jauh dari pokok jering..huhuhu..itulah istana baru aku.

"ayang nak apa...emas?? intan?? berlian?? kalo ayang nak emas...abang lilitkan seluruh tubuh ayang dengan emas"....Pak Musa bercakap ngan macho nya di telefon bimbit cap ayamnya....

"uweeekkksss..." rasa nak muntah aku dengar..

corong dapur umah Pak Musa tak jauh gak ngan istana baru aku....corong dapur dia pun kadang2 berasap dan kadang2 banjir. berlagak betul mengorat perempuan,

Kerjanya hanya bawa teksi.biasalah kalau bawa teksi, macam-macam perempuan  dia angkut, ada yang baik kerja cikgu, nurse, dan ada juga yang tak baik seperti penari kelab malam, GRO, perempuan indon dan macam-macam lagi.Duit belanja rumah pun tak pernah cukup,ni nak berlagak belikan emas, intan, berlian...aku confirm..nak beli tali beruk macam yang ayah Matyeh beli ni pun dia tak mampu.

eiiii...Pak Musa ni,,,bengong betul...pergilah balik, sembahyang maghrib ker...

"Kriuuukkkkkkkkkkk..." tingkap dapur rumah Pak Musa terbuka, terjongol keluar kepala Mak Esah..macam tercium jer bau laki dia yang tersandar kat teksi dekat istana aku...

"wooiiiihhhh...yang awak tersandar kat situ lagi tu apahal...."
"ahhh...aku nak abis kan rokok ni jer....kang kamu bising lak kalo aku isap dalam umah"....

hahahhaha...ya lah tu.....Laki ngan bini sama-sama bengong....laki memberukkan bini dia...Ishhhh,,,tersalah pulak..kenapa aku nak menyumpah diri aku sendiri....!!!

Pak Musa menapak masuk ke dalam rumah perlahan-lahan.Rambutnya dah beruban, aku nampak jelas walaupun dalam pekat malam.

hahhahahaa........riuh kedengaran kanak-kanak ketawa...kedengaran derap sepatu mereka berlari...cahaya lampu picit berpilin-pilin..

"hantuuuuuu...hantu....." yang besar sikit menakut dan menyakat yang kecil...

aku apa lagi....makin galak aku memanjat...nak tengok ngan lebih jelas...

"jaga kau zali..aku tak mahu kawan"...jerit asmah....mukanya dah kelat
"biarlah.....saper nak kawan ngan ko..ko tu buruk....hehehheh"...makin kuat zali menyakat
"aku cakap kat ustaz esok..aku cakap kat emak aku".....asmah dah mula menangis....

Limah,kakak zali menampar bahu zali....

"ko ni zali...macam israel....jahat tak bertempat"...
"ishhh..akak ni..ke situ pulak..zali ni budak lagi..kenapa nak cakap zali israel pulak"...

"zali...asmah tu kecik lagi,kita kena sayang dia, kasih-sayang penting dalam kehidupan manusia,apatah lagi dalam islam..jangan jadi macam bangsa israel yang kejam, melanggar nilai-nilai kemanusiaan"..serta merta bayangan keadaan Palestin terpancar pada skrin mindanya.

Macam orang lain juga, Limah adalah angkatan baru yang ingin membawa wadah baru dalam perjuangan agama,bangsa dan negaranya..dia tak pernah lemas dalam gelombang media...dia mendakap kejap al-Quran...dipeluk lagi erat dan dirapatkan ke dada....

"limah....bagi kita,israel tu pengganas..tapi bagi bangsa-bangsa barat, islam adalah pengganas...kamu agak, kenapa mereka memanggil kita pengganas?"....Ani bertanya Limah, dia tahu limah banyak terdedah dengan bahan-bahan bacaan kerana minat Limah sangat mendalam untuk mengetahui keadaan dunia yang berlaku tika ini,

"media barat yang mengatakan kita pengganas, ini adalah kerana mereka nak mencari sokongan untuk menghancur kekuatan dan ikatan orang islam"...rungut Limah dengan nada kesal...

"tapi ternyata,orang islam berpecah hanya kerana hal yang remeh temeh..perebutan kuasa, pertelingkahan saudara...contohnya sejak azali lagi sejarah habil dan qabil....dan zaman khalifah dahulu kala, banyak perebutan kuasa berlaku"...Ani menokok tambah...

Asmah dan Zali diam membisu, apa yang dia dengar daripada mulut Limah dan ani..samalah yang dia dengar dari berita dunia kat TV3.

Aku termanggu ...aku lagilah tak tahu....Ya Allah..teruknya dunia sekarang...apa yang nak direbutkan tu....

"media yang menyebarkan fahaman itu, kemudian ramai yang menerima bulat-bulat lalu membuat hukuman sebegitu rupa,bukan mereka tak tahu,tapi mereka ada kepentingan sendiri.

Ani mengangguk-anggguk.

"kita harus banyak belajar, kita tak boleh leka dengan dunia cinta, berface-book2....kita harus bangun, bangsa ,ugama dan negara memerlukan generasi yang membawa wadah baru seperti kita"....kata Limah menggenggam erat jemari Ani.

Limah banyak belajar dan mendengar dari cikgu Husin dan ramai lagi.Apa yang disampaikan oleh guru-gurunya terasa kesannya turun ke hati.Malam ini dia benar2 memaknakan kalimat itu.Dia tak mahu menara KLCC itu yang menjadi lambang kemegahan negara,jatuh..rebah tersungkur membaham bumi,dan bangsa-bangsa asing memijak-mijak seperti bangkai.

"sungguh. aku benci israel....aku benci pendatang yang membawa onar...merosakkan ugamaku, kencing anak bangsaku..dan menjadikan negaraku sebagai tempat bertebas, bertanam..kemudian meninggalkan tunggul2 yang kering berkulat...betul2 parasit"...Limah dipagut emosi....

derap kaki mereka beransur-ansur hilang dari cuping telingaku.....

Wahai malam....
wahai manusia....
aku diam termanggu di dahan jering...tiba-tiba aku nampak cahaya bintang begitu indah....berbaur dengan cahaya hijau yang keluar dari mataku...

aku menutup mata perlahan-lahan.
esok masih ada,





No comments:

Post a Comment