Saturday, July 2, 2011

6 bulan yang berlalu.

JANUARY 2011 -hari ini dah 2/7/2011...bermakna sudah 6 bulan berlalu tahun 2011. bermula january 2011 aku mula sibuk  membeli stationary dan membuka buku2 baru.masa banyak aku habiskan dengan syarikat bukan dg keluarga,so cerita aku banyak berkisar kepada alam pekerjaanku.untuk menutup akaun 2010 sambil memulakan buku2 baru,terpaksa aku ambil setengah bulan pertama january 2011.buku2 inilah yang menjadi teman menemani hari2 ku setiap hari...setiap minggu dan setiap bulan...mengira n mengira..akhirnya mungkin terlupa bahawa usia dah sampai ke penghujungnya.....


Dinner Pertubuhan Sukan dan tarian Bukit Bendera: menjemput YB dato Shakkar, YB Dato Chuah
dan Menteri Pengajian Tinggi dan ahli parlimen Temerloh Datuk hj.Saifuddin dengan masing2 menyumbang : Dato Hj Saifuddin RM5,000.00...YB dato Shakkar RM4,000.00 dan YB Dato Chuah RM3,000.00..serta sumbangan dari pemilik2 syarikat besar di Temerloh dan Mentakab.


FEBRUARY - sibuk dengan Tahun baru Cina, bermula dengan membeli limau dan mengagihkan kepada pelanggan2 besar dari pelbagai negeri,serta pelanggan2 tempatan..membuat hiasan bunga sakura dan meletakkan angpau.


kematian ibu kepada majikanku serta: bermula dari masuk hospital dan membawa kematian beberapa hari selepas tahun baru cina.Kedai ditutup selama 4 hari dan banyak kerja yg hendak diselengarakan.


MARCH - Pertunangan anak sedara tersayang (yang lain pun sayang: semua sayang n tersayang) eqnoor....kesibukan akhirnya membuahkan hasil apabila beliau selamat ditunangkan dengan pemuda pilihan hati Harris Norris.....


April - apa ya pd bulan 4......emmm takder yang istimewa kut....kerja makan tidur...kerja makan tidur....hehhehe


MAY - sama juga kut.....


JUNE - perkahwinan eqnoor pada 4/6/2011....alhamdulilah...tali pertunangan yang direstui Allah akhirnya membawa ke jinjang pelamin...janji diikat setia dan kasih sayang mereka... insyaalah akan kekal ke anak cucu.....harapan dan impian aku ingin melihat dia bahagia dan gembira akhirnya tercapai.











No comments:

Post a Comment