Saturday, May 4, 2013

Apa Yang Pompuan Tu Nak...???

Apa yang pompuan tu nak??.............aku tertanya-tanya...sejak dari dulu lagi bila dia menghebahkan cerita bodoh dia tu...aku seakan-akan nak gelak..rasa nak bergolek2 kat lantai simen restoren dia tu...hey..hey...rasa nak muntah pun ada...tapi sabarlah wahai hati...

Berbumbungkan langit senja..begitu lah setiap hari aku menikmati makan malam ku..sebelum aku bergegas ke bank, aku selesaikan dulu ..melunasi fitrah seorang manusia..perut perlu di isi.

Sunday, April 21, 2013

Pemilik hati

Jam di dinding itu tak pernah ku isi bateri..malah dari hari pertama ku miliki, aku hanya memiliki jasadnya, tak pernah ku beri nyawa walaupun sesaat..
bunyi macam kejam, tapi aku tak teruja selepas memilikinya, setiap  hari ku nampak sama, keras,kaku tak bernyawa..umpama diri aku yang kosong dan beku..kerana pemilik hati telah lama pergi,,,,

Malang sungguh jam itu,kerana perjalanan takdirnya..pemiliknya adalah aku..

kalo waktu bisa bertukar ke detik2 lama, teruja aku untuk mengisi nyawanya..kerana dalam perjalanan jarumnya, mampu aku kembali melewati masa laluku

Wong Koon Hock..pemilik hati telah lama kembali mengadap ilahi..dalam detik2 mengucap kalimah Allah..tiba2 dia tiada lagi di sisiku...aku buta di kala itu..hati aku tak pernah mengenal erti ketulusan dan kejujuran..

hatinya bukan ku regut dengan ikhlas tetapi sekadar mengatasi pihak lawan..sekadar satu permainan dan suka-suka, saat si gadis cina mempamirkan senyuman nya..saat itu juga hatiku meronta2 ingin merebut dia dan bermula lah satu percintaan yang tiada restu dari keluarga..

Kerana ku tahu erti restu..kerana aku tak pernah serius, prasangka dan keraguan datang bersilih ganti..tak pernah ku turut kata hati...kerana telah ku berjanji pada diri yang ia hanya satu permainan cuma..
saat segalanya terpamir..ku serahkan kembali sebentuk cincin padanya, kami berjanji akan setia sebagai seorang sahabat..namun hati kecil ku tetap menangis..ku sangka itu adalah kali terakhir bertemu..namun ternyata tidak...


suatu petang, dia dan kawan2nya yg semua melayu, dtg bertandang ke rumah ku, dia menghulurkan sesuatu sebagai bukti..rupa-rupanya kad pengenalan islam nya...sungguh dia ingin juga membuktikan pada aku...tapi semuanya tiada guna lagi buat ku...cuma bagi pihak persahabatan kami..ianya membuktikan dia serius dengan pegangan ugama barunya..


selepas itu...dia umpama jam di dinding ku ini...tak pernah ku dengar detap waktu nya...di mana...ke mana....


sekian lama...seolah2 aku tak pernah hidup tanpanya..seolah2 aku tak pernah mengenalinya...

berpuluh tahun...sekian lama ..setelah aku tewas dlm kehidupan ku..aku mula menjejaki nya... mencari bapanya...dan di hujung talian..bapanya menyatakan dia telah tiada di dunia ini ..pergi menghadap ilahi semasa masih muda..belum berkahwin...aku terasa lega...hatinya bukan milik sesiapa..malah tetap milik aku seorang...

nanti jam itu akan ku isi nyawanya...kerana dengan itu dapat ia mengembalikan sejarah silam....waktu hanya memisahkan kita...bukan menjarak kan kenangan yg telah terbina...


Friday, April 19, 2013

Temerloh-Kempas....coretan pilu

belum pun sempat tren berlabuh di stesen Kempas, Johor...aku mendapat khabar yg anak buah di Saudagar, Tambi telah hilang, malam tu isnin, aku berlepas ke Johor, siang nya ahad ke 2,tambi tak masuk keje..aku pun dh berkira2 dalam hati,cuma diam membisu..rasa tak puas hati aku pendamkan saja, minggu pertama tambi juga tidak masuk keje..tapi aku tahu sebab mereka semua membantu aku pindah rumah.

serasa aku,selasa.. baru mayat tambi di temui lemas di sungai Tualang,Temerloh, aku hanya merasa dan membayangkan kekalutan dari jauh..sungguh..kalau aku ada di Temerloh,aku tak dapat menerimanya, sedari dulu Tambi sangat menjaga keperluanku,dan bila dia dah tak ada..serasa sebelah tanganku hilang, tiada siapa yg hendak membeli segala keperluan makan minum ku...

Dalam keadaan sebak...terima pula panggilan kawan baik aku dipukul suaminya..mesti aku bengang bila di hujung talian hanya raungan..tapi yang lebih aku sakit hati,kenapa sebagai manusia dia rela diperlakukan begitu,Allah dah bagi cukup kaki tangan untuk melawan, Allah dah bagi semangat dan rasa sakit, kalo rasa sakit dah hilang,kenapa nak menangis meraung, kalo masih ada perasaan menangis meraung ,ertinya kita sebagai manusia bukan sekadar batu yang keras tak berperasaan...

Bukan sekali dua, rasa dah tebal cuping telinga aku mendengar cerita yang sama, dia cakap..nasib dia tak sama ngan aku, aku banyak sokongan moral dari belakang, tapi aku mendapat info...tentang orang yang bersikap macam ni dari kaunselor2 mcm HM Tuah..iaitu ujud orang yg hanya suka mengeluh dan bercerita hal yang sama saban minggu,saban bulan tetapi tak pernah berusaha untuk keluar dari kepompong kesusahannya,seolah-olah dia bahagia hidup seperti itu..disakiti,ditipu...sedangkan masalah itu di cerita kepada orang lain dan membebankan orang lain pula..cuba fikir,bila kita memberi nasihat atau cara untuk dia keluar dari masalahnya,dia akan berkata.."apa daya saya,dah jadi nasib saya..."ertinya..masalah ini akan berulang dari mempunyai seorang anak..dua orang..tiga orang..n seterusnya...kalau bab suami yang menjual harta benda..dari seekar tanah,dua ekar,3 ekar dan seterusnya...

hendak pula yang suami jenis baik hati memberikan payung emas kepada isteri tua, berterusan dari sekaki payung, 2 kaki, 3 kaki dan seterusnya...silapnya kita sendiri..memberi peluang kepada orang lain membuli kita..memberi keselesaan kepada orang lain mendapat semua keistimewaan dari kita...


berkorban jangan membabi-buta...erti kasih bukan semacam erti...erti pengorbanan jauh sekali...jadi isteri bukan sebagai kuli mencari nafkah..bukan tempat melepaskan geram...

Dalam perkahwinan bukan medan memenuhi tuntutan personal...isteri bukan pelengkap kelemahan lelaki, isteri bukan dilahirkan sabar, tetapi terpaksa bersabar atas alasan budaya,adat melayu serta diikat dengan pegangan ugama islam...isteri manusia biasa, bukan terikat dengan citarasa dan minat suami, isteri ada citarasa dan naluri sendiri,


Perkahwinan bukan medan melepaskan dendam...bukan sebuah taman untuk lelaki melempiaskan mimpi tentang bunga2 yang indah, kerana dengannya lelaki akan kecewa andai apa yang diharapkan tidak sesempurna impian, bukan lukisan yang siap teradun warna-warna indah..kerana di dalamnya ada bermacam2 warna yang pudar,samar dan hitam,,,kelam..pekat...bukan lautan biru,,,tenang..tapi kadangkala ia didatangi ombak bersama taufan ganas....


dan..dia masih sama seperti dulu....
tak berubah..cerita tetap sama..pilu...sakit
Tambi pun tetap sama..pergi...tak kembali lagi

walaupun..stesen Kempas telah lama ku tinggalkan...
namun cerita itu tidak pernah berubah...

sama ngan akusamasama ngan aku

Wednesday, March 20, 2013

GELaS-GeLAS KaCA


gelas gelas kaca
tunjukkan pada ku
siapa diriku ini
ayah aku tak punya ibu pun tak punya
hanya airmata yang selalu bercerita kepadaku
gelas gelas kaca bunyikan suara


di manakah aku ini
sepi yang mencengkam, menusuk hatiku
ke mana aku ingin melangkah
aku ingin pulang kepangkuan ibunda sayang
mataku terpejam, hatiku menangis
menantikan dirimu
malam yg berlalu tak pernah tersenyum
menghantarkan tidurku
gelas gelas kaca berikan aku cerita
gelas gelas kaca di manakah ayah bonda..........

ayah

Thursday, December 6, 2012

Durian

mengejar dateline setiap hari amat melelahkan,kadang2 mengerjakan sesuatu yang rutin tetapi terkadang datang jer macam2 keje.Teringatkan keje2 yang belum sempat di sentuh membuatkan hati berdebar2..dah setahun aku tak sempat lagi mendaftarkan 2 brand kat Myipo, harta intelek padahal bos mengharapkan ia success.

sudah lama gak berlalu untuk aku mengemukakan penyata kewangan persatuan dan mesyuarat kat pertubuhan kuantan, begitu gak dengan persatuan baru yang hendak didaftarkan, aku tak ada masa untuk menanganinya.

kelat jer muka aku bila Tan Sri bertanyakan hal itu kepada aku, dan tadi aku menegurnya bila ia masuk ke kedai,nampak mcm sibuk jer...dia menghulurkan sekeping kupon padaku..."jom makan durian"...nampak tulisan :durian" aku tersenyum...tertulis "jom makan durian kat BA BUNDLE...derma ikhlas rm10,20,30'"....

"bila?" tanyaku
sabtu ni..petang...
"kalo nak...aku nak kutip duit terus ni"...
"uhhh..nampak sangat..nak ambik duit ni wat beli durian"...
"haaa..sabtu aku lagi keje...aku pun tak tau leh pegi ker tak"...


aku dah pasti...apa-apapun aku tak pernah dapat ikut apa-apa aktiviti.,hari sabtu lagilah sibuk..kenapa aku selalu rasa berhutang bila banyak sangat keje yang tak dapat aku langsaikan.

"M" pernah katakan pada ku..kadang2 kita menjadi beban orang, bila orang selesa meminta tolong atau membebani kita, maka kitalah yang selalu menjadi mangsa,dan bila orang menyuruh kita..kita tak pernah membantah atau hasilnya memang memberansangkan serta tak pernah mengecewakan,maka kita telah memberi lampu hijau serta titik keselesaan kepada orang.

Terkadang aku "pana" gak...dan ingin belajar berkata "tidaaakkk" namun aku selalu memujuk dan berfikiran  positif.Pulangan yang diperolehi bukan semata-mata berbentuk komesial dan material, namun semangat, pahala dan apa yang aku pelajari disebalik kesukaran ,itulah yang aku harapkan dapat membangun pendirianku.

Dah lama aku berperang dingin ngan Tan Sri..tetapi akhirnya hubungan kami jernih kembali. So sekarang aku dah mula kena ambik tahu hal-hal politik sebab bila dia bercerita pada ku, tahu juga sedikit sebanyak untuk aku mencelah...sekurang-kurangnya mereka tahu sikap dan perangai aku yang mudah naik angin,dan memaksa untuk mencapai apa saja keinginan aku.

Akhirnya aku kembalikan semula kupon itu pada Tan Sri..."aku tak mau pegi"...dan aku tak tahu bos aku ambik ker tak kupon tu.

Yang membengangkan aku...tak lama aku kena cari orang baru lagi.bosan sungguh dengan keadaan yang selalu berlarutan.ilmu yang aku curahkan tak mendatangkan manafaat pada syarikat.dan apa yang aku berikan tidak dapat meringankan beban aku.namun aku percaya..Allah tak pernah membebankan hambanya melainkan sesuai ngan kadar diri hambanya itu.Aku pamitkan doa kepada ilahi agar Allah merestui dan meringankan perjalanan hidupku samada dalam perjalanan dunia atau menjalani titian sirahnya...namun aku tetap mendoakan yang terbaik untuk mereka yang pernah bersama-sama ku.

Tanpa aku sedari, disember dah pun akan melepasi minggu pertama.Tahun 2013 akan menjelma.Tiada harapan yang pasti namun aku tetap mengharapkan yang terindah untuk hari esok.

andai apa takdir  yang dilukiskan untuk ku,aku tetap tak berkira..namun aku kumpulkan kekuatan dan yakinkan diri untuk menerima ujian Allah ini

untuk sesiapa yang pernah mendampingi ku...(anak-anak..sahabat sejati) : kasihmu abadi di hati

Untuk sesiapa yang telah menjauhi aku,meninggalkan aku (ibubapa yang telah meninggalkan dunia fana ini, dan sesiapa yang menjauhi aku di dunia ini) : berbahagialah kau di sana dan di mana pun kau berada..jangan bermain dengan kata-kata dusta,


Untuk sesiapa yang pernah aku kecewakan : cinta kita tidak kesampaian..

bagai buah durian...durinya yang tajam melindungi kemanisan isinya di dalam....aku ingin menjadi durian..selama-lamanya.


Sunday, November 25, 2012

beruk Matyeh (bahagian 2)

Senja khamis...aku telah menerima hukuman, aku telah diikat pada sebatang pokok jering di tepi rumah, ketika laungan azan maghrib, aku tidak lagi dapat melihat mereka mendirikan saf..aku tak dapat lagi melihat meraka membaca yassin..cuma kedengaran berbalam-balam, antara bunyi cengkerik malam, bunyi katak2 yang menanti hujan...ruginya seekor beruk sepertiku yang selama ini segala-galanya ada didepanku dan aku dididik seperti itu.

dua tiga kali aku terbersin, mungkin aku tak biasa dengan kedinginan malam, ahh..nyamuk.."sioott...sioottt"....sampai hati Matyeh...dia tak dengar kah aku terbersin???

tiba-tiba..cahaya lampu dari sebuah teksi terpancar, dan tiba-tiba juga ia berhenti di tepi jalan , dan tak jauh dari pokok jering..huhuhu..itulah istana baru aku.

"ayang nak apa...emas?? intan?? berlian?? kalo ayang nak emas...abang lilitkan seluruh tubuh ayang dengan emas"....Pak Musa bercakap ngan macho nya di telefon bimbit cap ayamnya....

"uweeekkksss..." rasa nak muntah aku dengar..

corong dapur umah Pak Musa tak jauh gak ngan istana baru aku....corong dapur dia pun kadang2 berasap dan kadang2 banjir. berlagak betul mengorat perempuan,

Kerjanya hanya bawa teksi.biasalah kalau bawa teksi, macam-macam perempuan  dia angkut, ada yang baik kerja cikgu, nurse, dan ada juga yang tak baik seperti penari kelab malam, GRO, perempuan indon dan macam-macam lagi.Duit belanja rumah pun tak pernah cukup,ni nak berlagak belikan emas, intan, berlian...aku confirm..nak beli tali beruk macam yang ayah Matyeh beli ni pun dia tak mampu.

eiiii...Pak Musa ni,,,bengong betul...pergilah balik, sembahyang maghrib ker...

"Kriuuukkkkkkkkkkk..." tingkap dapur rumah Pak Musa terbuka, terjongol keluar kepala Mak Esah..macam tercium jer bau laki dia yang tersandar kat teksi dekat istana aku...

"wooiiiihhhh...yang awak tersandar kat situ lagi tu apahal...."
"ahhh...aku nak abis kan rokok ni jer....kang kamu bising lak kalo aku isap dalam umah"....

hahahhaha...ya lah tu.....Laki ngan bini sama-sama bengong....laki memberukkan bini dia...Ishhhh,,,tersalah pulak..kenapa aku nak menyumpah diri aku sendiri....!!!

Pak Musa menapak masuk ke dalam rumah perlahan-lahan.Rambutnya dah beruban, aku nampak jelas walaupun dalam pekat malam.

hahhahahaa........riuh kedengaran kanak-kanak ketawa...kedengaran derap sepatu mereka berlari...cahaya lampu picit berpilin-pilin..

"hantuuuuuu...hantu....." yang besar sikit menakut dan menyakat yang kecil...

aku apa lagi....makin galak aku memanjat...nak tengok ngan lebih jelas...

"jaga kau zali..aku tak mahu kawan"...jerit asmah....mukanya dah kelat
"biarlah.....saper nak kawan ngan ko..ko tu buruk....hehehheh"...makin kuat zali menyakat
"aku cakap kat ustaz esok..aku cakap kat emak aku".....asmah dah mula menangis....

Limah,kakak zali menampar bahu zali....

"ko ni zali...macam israel....jahat tak bertempat"...
"ishhh..akak ni..ke situ pulak..zali ni budak lagi..kenapa nak cakap zali israel pulak"...

"zali...asmah tu kecik lagi,kita kena sayang dia, kasih-sayang penting dalam kehidupan manusia,apatah lagi dalam islam..jangan jadi macam bangsa israel yang kejam, melanggar nilai-nilai kemanusiaan"..serta merta bayangan keadaan Palestin terpancar pada skrin mindanya.

Macam orang lain juga, Limah adalah angkatan baru yang ingin membawa wadah baru dalam perjuangan agama,bangsa dan negaranya..dia tak pernah lemas dalam gelombang media...dia mendakap kejap al-Quran...dipeluk lagi erat dan dirapatkan ke dada....

"limah....bagi kita,israel tu pengganas..tapi bagi bangsa-bangsa barat, islam adalah pengganas...kamu agak, kenapa mereka memanggil kita pengganas?"....Ani bertanya Limah, dia tahu limah banyak terdedah dengan bahan-bahan bacaan kerana minat Limah sangat mendalam untuk mengetahui keadaan dunia yang berlaku tika ini,

"media barat yang mengatakan kita pengganas, ini adalah kerana mereka nak mencari sokongan untuk menghancur kekuatan dan ikatan orang islam"...rungut Limah dengan nada kesal...

"tapi ternyata,orang islam berpecah hanya kerana hal yang remeh temeh..perebutan kuasa, pertelingkahan saudara...contohnya sejak azali lagi sejarah habil dan qabil....dan zaman khalifah dahulu kala, banyak perebutan kuasa berlaku"...Ani menokok tambah...

Asmah dan Zali diam membisu, apa yang dia dengar daripada mulut Limah dan ani..samalah yang dia dengar dari berita dunia kat TV3.

Aku termanggu ...aku lagilah tak tahu....Ya Allah..teruknya dunia sekarang...apa yang nak direbutkan tu....

"media yang menyebarkan fahaman itu, kemudian ramai yang menerima bulat-bulat lalu membuat hukuman sebegitu rupa,bukan mereka tak tahu,tapi mereka ada kepentingan sendiri.

Ani mengangguk-anggguk.

"kita harus banyak belajar, kita tak boleh leka dengan dunia cinta, berface-book2....kita harus bangun, bangsa ,ugama dan negara memerlukan generasi yang membawa wadah baru seperti kita"....kata Limah menggenggam erat jemari Ani.

Limah banyak belajar dan mendengar dari cikgu Husin dan ramai lagi.Apa yang disampaikan oleh guru-gurunya terasa kesannya turun ke hati.Malam ini dia benar2 memaknakan kalimat itu.Dia tak mahu menara KLCC itu yang menjadi lambang kemegahan negara,jatuh..rebah tersungkur membaham bumi,dan bangsa-bangsa asing memijak-mijak seperti bangkai.

"sungguh. aku benci israel....aku benci pendatang yang membawa onar...merosakkan ugamaku, kencing anak bangsaku..dan menjadikan negaraku sebagai tempat bertebas, bertanam..kemudian meninggalkan tunggul2 yang kering berkulat...betul2 parasit"...Limah dipagut emosi....

derap kaki mereka beransur-ansur hilang dari cuping telingaku.....

Wahai malam....
wahai manusia....
aku diam termanggu di dahan jering...tiba-tiba aku nampak cahaya bintang begitu indah....berbaur dengan cahaya hijau yang keluar dari mataku...

aku menutup mata perlahan-lahan.
esok masih ada,